3 pekerja kontrak warga Indonesia maut dalam lubang pembetung

3 pekerja kontrak warga Indonesia maut dalam lubang pembetung
Pekerja pemasangan kabel telekomunikasi dilaporkan maut dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, petang tadi. – Foto ihsan Bomba

3 pekerja kontrak warga Indonesia maut dalam lubang pembetung

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi dilaporkan maut dalam lubang pembetung kabel bawah tanah ketika menjalankan kerja-kerja di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya di sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang tadi dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lapan anggota.

Laporan awal mendapati tiga mangsa lelaki warga Indonesia itu pengsan dalam lubang pembetung dengan kedalaman lima meter ketika sedang menjalankan kerja pemasangan kabel.

Ketiga-tiga mangsa yang dikeluarkan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua mangsa terdiri daripada warga Indonesia dan mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Serdang bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Pekerja yang maut dikenal pasti sebagai Adnani, Febri Putra Arsandi dan Jufri, berdasarkan kepada pasport antarabangsa mereka yang berusia antara 30 hingga 42 tahun.

Budak 18 Bulan Terjatuh Ke Dalam Longkang Pembetung

3 pekerja kontrak warga Indonesia maut dalam lubang pembetung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker