MR DIY edar bungkusan makanan di 4 universiti

MR DIY edar bungkusan makanan di 4 universiti

MR DIY edar bungkusan makanan di 4 universiti
YAYASAN MR DIY menyalurkan sumbangan kepada empat universiti di Lembah Klang.

KIRA-kira 2,000 penuntut universiti menerima stok makanan asas hasil sumbangan Yayasan MR DIY, badan amal milik peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR DIY (M) Berhad.

Yayasan MR DIY menyalurkan sumbangan kepada empat universiti di Lembah Klang dan mengedarkan bungkusan makanan di bawah program #DIY4Universiti, inisiatif University Foodbank.

Lebih 2,000 bungkusan makanan yang mengandungi mi dan bubur segera, uncang teh, dan biskut krim diedarkan kepada penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR DIY, Zaleha Mohd Mydin berkata, pihaknya sedar akan beban kewangan yang sering dialami oleh penuntut universiti, menjelang hujung setiap bulan.

“Inilah sebabnya kami menjalankan inisiatif University Foodbank untuk meringankan bebanan mereka.

“Matlamat Yayasan MR DIY adalah untuk terus menyokong perjalanan pendidikan dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka, supaya pemimpin masa depan kita dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perihal akademik mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Kami berharap syarikat atau organisasi lain akan menyokong inisiatif yang baik ini kerana bersama-sama, kita boleh melakukan perubahan yang bermakna,” katanya dalam kenyataan.

#DIY4Universiti adalah sebahagian daripada siri inisiatif yang dibangunkan untuk membantu dan menyokong komuniti universiti yang memerlukan.

Dalam inisiatif ini, lebih 100,000 kit ujian percuma diagihkan kepada universiti tempatan di seluruh Malaysia. Ia bagi meningkatkan kesedaran mengenai Covid-19 kepada penuntut mengenai keselamatan diri dan komuniti universiti semasa pandemik.

Inisiatif ini juga membabitkan pengedaran RM3.6 juta dalam bentuk wang tunai melalui e-dompet kepada 12,000 penuntut universiti tempatan.

MR DIY edar bungkusan makanan di 4 universiti

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker