Anwar miliki sokongan padu di Parlimen.

 

Telah berlansung pengundian tehadap Vote of Confidence terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.

Jumlah undi sokongan berpihak kepada Perdana Menteri berjumlah 148 sungguh meyakinkan dan membayangkan stabiliti.



Sebelum itu, pada sesi sokongan undi melantik Speaker Baru juga memberangsangkan dengan penjumlahan undi yang lebih kurang sama.

Pihak Perikatan Nasional dan sekutu nya sekadar mendapat jumlah mengesahkan yang menyokong mereka sekadar 74 undi sahaja.

Jumlah yang sememang dari awal dikatakan sebanyak itu sahaja yang menyokong Muhyiddin Yassin, kini menjadi pembuktian.



Kini , dengan keabsahan jumlah undi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai , maka kedudukan  sebagai Perdana Menteri akan bertambah kukuh.

Ada juga para penganalisis politik berpendapat bahawa sokongan jitu yang diterima oleh DSAI adalah pada isu tertentu sahaja seperti semalam , namun pada isu isu lain dan juga proposal lain belum tentu akan menerima sokongan yang sama.

Kini , bagai kenyataan pihak tertentu , setelah mendapat mandat , kini DSAI dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan membuat beberapa Tindakan susulan.

Antara nya menukar beberapa jawatan jawatan tertentu yang masih di kuasai dan dibawah pengaruh rejim Muhyiddin Yassin.



Selain itu, proses menukar Peguam Negara sudah pun berlaku dan hanya menunggu pelulusan sahaja.

Kini telah selesai proses mendapat mandat dan rakyat berharap peghasilan terbaik dari keimpinan DSAI.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button