Banjir di Thailand: 15,000 penduduk terjejas, tiga maut

Banjir di Thailand: 15,000 penduduk terjejas, tiga maut

Banjir di Thailand: 15,000 penduduk terjejas, tiga maut

BANGKOK: Hujan lebat berterusan menyebabkan 305 kampung di 33 daerah di seluruh wilayah di Thailand dilanda banjir sekali gus mengakibatkan lebih 15,000 isi rumah terjejas dan mengorbankan tiga individu.

Lapor Bernama, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan menyiarkan lapan wilayah itu ialah Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, dan Pattani di Selatan Thailand serta Amnat Charoen (timur laut) dan Chanthaburi (timur).

“Sehingga pukul 4 petang (waktu tempatan) semalam 15, 696 isi rumah daripada 305 kampung di 33 daerah terjejas akibat banjir. Pihak berkuasa akan menyegerakan urusan membaiki kerosakan yang dialami akibat banjir,” menurut DDPM.



Komander Renjer Regimen Ke-45 Kolonel Thawirat Benjatikul, berkata tiga maut manakala dua terselamat apabila sebuah kenderaan dihanyutkan arus deras yang melanda Narathiwat.

Beliau berkata, kenderaan itu dinaiki seorang wanita warga emas berusia 68 tahun bersama keluarga iaitu anak lelakinya, 40, menantu, 38, serta dua cucunya berusia 14 dan dua tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu anak warga emas terbabit dihanyutkan arus deras.

“Pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan dua mangsa iaitu lelaki dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun.



“Tiga lagi iaitu wanita warga emas, menantunya, dan seorang lagi cucu (dua tahun) terperangkap dalam kenderaan.

“Apabila pasukan menyelamat tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri. Mereka dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Surat Thani, Wichawut Jinto mengarahkan semua bot untuk tidak turun ke laut susulan ombak tinggi.

Perkhidmatan feri turut dihentikan buat sementara waktu, katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan dan hujan lebat di beberapa kawasan terpencil di Selatan.

“Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dengan beberapa keadaan yang mungkin menyebabkan banjir kilat dan limpahan air, terutama di sepanjang kaki bukit berhampiran sungai dan tanah rendah,” menurut agensi tersebut.

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran berhubung ombak setinggi satu hingga dua meter di Teluk Thailand.

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

Banjir di Thailand: 15,000 penduduk terjejas, tiga maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker