Besut lumpuh, semua laluan ke daerah itu ditutup

Kuala Terengganu: Daerah Besut lumpuh apabila semua laluan termasuk daripada Kuala Terengganu dan Kelantan ditutup kepada semua lalu lintas.

Sebanyak 25 jalan ke daerah itu termasuk laluan pantai ditutup kepada semua lalu lintas selepas dinaiki air antara 0.3 meter (m) dan 1.8 m.

Sehingga 10 malam tadi, Jabatan Kerja Raya memaklumkan tiga laluan iaitu Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu masing-masing di Kampung Padang Luas-Bukit Yong, di Kampung Tok Dor dan di Kampung Renek ditenggelami air antara 0.3 m dan 0.8 m, sejauh 300 m.

Dua lagi laluan yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu Jertih/Kuala Besut di Kampung Seberang dan di Kampung Alor Lintang turut ditutup kepada semua lalu lintas selepas dinaiki air antara 1.5 m dan 1.6 m.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker