25 maut, bas terbakar di India

25 maut, bas terbakar di India

25 maut, bas terbakar di India

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lapan lagi cedera selepas sebuah bas dinaiki mereka terbabas dan terbakar di lebuh raya di barat India.

Pegawai polis, Baburao Mahamuni berkata, bas itu dalam perjalanan ke bandar Pune apabila ia melanggar tiang dan terbalik sehingga menyebabkan tangki diesel terbakar.



“Kira-kira 30 hingga 35 orang berada di dalam bas itu. Setakat ini, seramai 25 penumpang meninggal dunia dan lapan lagi cedera,” katanya.

Jelas beliau, mangsa yang cedera termasuk pemandu bas itu dibawa ke hospital berhampiran lokasi nahas di Maharashtra, kira-kira 400 kilometer (km) di timur Mumbai.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Girish Mahajan berkata, pemandu dan konduktor bas itu sudah ditahan untuk disoal siasat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Pemandu mendakwa tayar bas meletup sehingga dia hilang kawalan lalu melanggar tiang.

“Namun, kami tidak menolak kemungkinan aspek kecuaian pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.

“Jadi, kita perlu menyiasat lagi untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku,” katanya.



Tambah Girish, hampir kesemua mayat mangsa gagal dikenal pasti disebabkan keadaan yang rentung teruk.

“Pasukan forensik dalam perjalanan untuk membantu mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Beberapa gambar tular dalam media sosial menunjukkan bas yang hangus terbakar berada dalam keadaan terbalik di lebuh raya.

Menurut pegawai polis, tiga kanak-kanak antara mangsa yang meninggal dunia. – AFP



25 maut, bas terbakar di India


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button