EPL: Jurrien Timber terpaksa berehat panjang

EPL: Jurrien Timber terpaksa berehat panjang

EPL: Jurrien Timber terpaksa berehat panjang
TIMBER terpaksa menjalani pembedahan ACL dan perlu berehat sehingga tujuh bulan untuk proses pemulihan. – AFP

LONDON – Perkara paling ditakuti penyokong-penyokong Arsenal akhirnya menjadi kenyataan apabila pemain baharu, Jurrien Timber dijangka berehat enam hingga ke tujuh bulan sebaik sahaja dia selesai menjalani pembedahan lutut.

Pemain yang dibawa masuk dengan nilai £34 juta (RM200.86 juta) itu disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut kanan ketika membantu pasukan menang 2-1 ke atas Nottingham Forest pada penampilan pertama bersama The Gunners.

Walaupun tidak ada rangka masa mengenai tarikh kepulangan Timber dalam kesebelasan utama, namun difahamkan pemain antarabangsa Belanda itu bakal terlepas sebahagian besar saingan musim ini.

“Sesuatu yang sangat mengecewakan untuk berkongsi kepada anda semua bahawa kecederaan saya lebih serius daripada jangkaan awal. Saya terkilan kerana penyokong menyambut baik kehadiran saya di sini.

“Hasrat saya adalah untuk membalas kepercayaan anda semua dan kelab dengan aksi di atas padang tetapi ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh terdekat. Terima kasih kerana buatkan saya seperti berada di rumah sendiri,” kata Timber.

Sementara itu, Arsenal dalam satu kenyataan memberitahu, mereka akan memberikan segala khidmat bantuan kepada Timber bagi memastikan dia dapat menjalani proses pemulihan tanpa sebarang masalah dan kembali lebih kuat.

“Segala khidmat sokongan dan pakar daripada pasukan perubatan kelab akan berikan fokus kepada program pemulihan Timber. Kami harap dia akan pulih dan kembali dalam pasukan secepat mungkin,” ujarnya. – AGENSI

EPL: Jurrien Timber terpaksa berehat panjang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker