Kes Rasuah Zeti dan Nazlan, kudis dimuka Perdana Menteri Malaysia termasuk Anwar , selagi belum didakwa.

 

Oleh Adam Malik,

Ketika mula disahkan menjadi Perdana Menteri , antara kenyataan awal Anwar Ibrahim ada lah beliau menolak rasuah.

Kemudian beliau dikecam kerana telah mengambil Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan nya.

Namun, Anwar telah menjawap dengan menyatakan Ahmad Zahid belum dijatuhi hukuman dan kes satu lagi sebelum ini sudah didapati tidak bersalah.



Apa pun , memang ada kebenaran pada kenyataan Anwar pada hal Zahid Hamidi , tambah lagi ia kes terpilih oleh kerajaan Mahathir.

Kini, satu perkara masih menjadi seperti kudis kepada semua Perdana Menteri dari Tun Mahathir sehingga Anwar Ibrahim.

Kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz ada lah umpama kudis yang besar diwajah setiap Perdana Menteri Malaysia.

Kes ini mengakibatkan semua Perdana Menteri Malaysia jatuh dibawah Kategori gagal menanangi rasuah.



Apa tidak nya, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dalam keghairahan mengenakan Najib Razak , telah dipercayai mendapat maklumat bahawa Bekas Gabenor Bank Negara juga ada mengambil rasuah , namun dipercayai telah cuba menutupi nya kerana tidak mahu fokas terlari dari mahu menuduh Najib Razak rasuah , maka telah cuba sembunyikan hal ini.

Akhirnya terbongkar juga dengan pendedahan pihak berkuasa Singapura bahawa Zeti melalui suami nya ada menerima rasuah dari Jho Low sebanyak dua bayaran dalam jumlah RM700 juta.

Pengesahan menerima rasuah ini juga dinyatakan didalam mahkamah Brooklyn Amerika pada perbicaraan Roger Ng.

Maka, secara tidak langsung , Perdana Menteri bermula dari Tun Mahathir ,Muhyiddn Yassin dan kemudian Ismail Sabri telah diletak kan didalam kategori gagal tangani rasuah.

Malah lebih teruk , kerajaan Tun Mahathr telah  dipercayai melindung hampir lima atau enam penerima rasuah Goldman Sach untuk dijadikan saksi hanya kerana mahu mengenakan Najib Razak.

Bermakna telah melepas kan lebih ramai perasuah semata mata mahu pedajal kan seorang musuh politik.

Pada kes Datin Rosmah pula, penerima rasuah yang menggunakan nama “Rosmah”  ,ia itu Rizal Mansor telah diselamatkan dari kes menerima rasuah semata mata untuk dijadikan saksi pedajalkan bekas majikan nya.

Maka atas sebab semua ini , Tun Mahathir telah hilang ‘locus standi’ bercerita tentang rasuah.

Malah , tidak salah jika dikatakan pembela rasuah pilihan seperti kes Lim Guan Eng, Mas Ermiyati , Mustapha  Mohamad ,Zeti Aziz dan Nazlan Ghazali.

Jika, Mahathir telah gagal sebagai pejuang anti rasuah, maka Muhyiddn Yasin pun begitu juga mengambil que dari Mahathir.

Amalan membela rasuah terpilh terus diwarisi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tanpa berani menyentuh Zeti dan Nazlan  agar segera didakwa.

Maka , kini giliran Anwar pula.

Jika Anwar tidak ambil Tindakan mengarah supaya membuka kes Zeti dan Nalzan , maka Anwar juga akan hilang kelakayan berceloteh tentang rasuah dan di anggap sekadar retorik politik sahaja seperti Tun Mahathir juga.

Memang benar, tiada Perdana Menteri Malaysia diambil serius oleh negara luar dalam hal prinsip dan ketelusan selagi Zeti dan Nazlan tidak didakwa.

Ianya “World known bribery case of Malaysian Ex Central Governor”.

Ia sebagai perkara  “Elephant in the room” , bercakap benci rasuah namun kes sebesar gajah depan mata dibuat bodoh pula.

Segera buka kes kedua Zeti dan Nazlan untuk mengelak Anwar dikategorikan sebagai Perdana Mentei gagal dan hilang kelayakan berbual tentang rasuah dan duduk dalam satu acuan juga sama seperti Perdana Menteri sebelum nya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker