Lima maut insiden tembakan di Kanada

Lima maut insiden tembakan di Kanada

Lima maut insiden tembakan di Kanada

MONTREAL: Seramai lima orang terbunuh dalam insiden tembakan terbaharu di Kanada di pinggir bandar Toronto semalam.

Menurut polis, suspek yang melepaskan tembakan merupakan antara yang maut dalam insiden tersebut selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.



Insiden itu berlaku di beberapa unit kediaman di sebuah bangunan, selain seorang mangsa cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap polis, Jim MacSween berkata, polis menemukan sejumlah mangsa yang maut di lokasi kejadian dengan kesan tembakan.

“Sehubungan itu, polis akan menyiasat kaitan suspek dengan mangsa yang ditembak.

“Setakat ini, polis mengesahkan suspek bertindak sendiri,” katanya.



Polis juga memaklumkan mangsa ditemukan di beberapa unit kediaman berbeza di bangunan tersebut yang terletak di Vaughan, kira-kira 30 kilometer ke utara Toronto.

Sementara itu, penduduk di bangunan tersebut dipindahkan segera, selain pasukan paramedik dan polis memenuhi lokasi kejadian. – AFP

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



Lima maut insiden tembakan di Kanada

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button