Penyokong wanita ‘tayang aset’ sambut kemenangan Piala Dunia Argentina

QATAR: Peminat wanita Argentina yang dilihat di televisyen menanggalkan kemeja-T dan separuh bogel meraikan kemenangan Piala Dunia pasukannya, bakal berdepan hukuman penjara mengikut undang-undang berpakaian yang ketat di Qatar.

Peminat Argentina itu dilihat oleh penonton menanggalkan pakaiannya ketika meraikan kemenangan hebat Argentina ke atas Perancis malam tadi.

Selepas tendangan penalti oleh Gonzalo Montiel, kamera berpaling ke arah penyokong Argentina yang bersorak dan di antara mereka adalah peminat wanita berambut perang yang memberikan ‘lebih’ daripada yang dijangkakan.



Menjelang kejohanan itu, peminat antarabangsa diberi amaran bahawa mereka perlu menghormati adat resam Qatar yang ketat lagi konservatif.

Pihak Berkuasa Pelancongan Qatar menegaskan: ‘Pelawat (lelaki dan juga wanita) diharap menunjukkan rasa hormat terhadap budaya tempatan dengan mengelak daripada berpakaian secara terdedah di khalayak ramai.

Di Qatar, wanita dilarang memakai pakaian ketat yang mencolok mata, namun wanita asing tidak diwajibkan memakai abaya atau jubah hitam yang menutupi keseluruhan badan, seperti mana dipakai wanita warga tempatan.

Bagaimanapun, pelancong perlu memastikan baju menutupi bahu dan bahagian tengah, manakala skirt, gaun dan seluar melebihi paras lutut.



WAGs (isteri dan teman wanita) pemain bola dinasihatkan memakai skaf di leher untuk menutup bahagian dada.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button