Putar Belit PN Dalam Isu Keabsahan Sokongan Kepada PM

Putar Belit PN Dalam Isu Keabsahan Sokongan Kepada PM

Putar Belit PN Dalam Isu Keabsahan Sokongan Kepada PM

Menarik tetapi sangat-sangat memualkan melihat sikap politikus Perikatan Nasional (PN) dalam isu keabsahan sokongan kepada perdana menteri.

Pada 24 November lepas, pengerusi PN, Muhyiddin Yasin mencabar Anwar Ibrahim supaya membuktikan beliau mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/11/25/muhyiddin-cabar-anwar-buktikan-ada-majoriti-sokongan-ahli-parlimen/

Cabaran Muhyiddin itu dibuat atas kerana kononnya beliau merasa sangat yakin mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen.

Dan ini membolehkan beliau dilantik sebagai perdana menteri ke 10.

Sebagai menyahut cabaran dari Muhyiddin, Anwar dalam sidang media yang pertama sebagai perdana menteri mengumumkan akan melakukan usul undi percaya di parlimen.



Apa yang Anwar katakan itu telah beliau kotakan pada hari pertama persidangan parlimen ke 16 semalam.

Usul undi percaya telah dikemukakan oleh kerajaan melalui Timb Perdana Menteri untuk dibahas dan dibuat pengundian.

Namun dalam perbahasan, beberapa politikus PN secara jelas menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya tersebut.

Takiyuddin Hassan yang pernah menjadi Menteri Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen mengatakan bahawa usul itu sudah menjadi akademik kerana Anwar sudah dilantik secara sah.

Malah ketika proses meluluskan usul, tidak ada permintaan dari pihak politikus PN yang meminta supaya YDP Dewan Rakyat melakukan undi belah bahagi.

Lalu YDP Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut dengan berdasarkan undi suara ahli Dewan Rakyat yang menyokong usul tersebut.

Sepatutnya apabila ianya sudah diluluskan di Dewan Rakyat, maka semua ahli Dewan Rakyat menerima keputusan tersebut tanpa ada ungkit mengungkit.

Rumah Siap Tapi Pahat Masih Berbunyi

 

Tetapi sangat memualkan, apabila dalam sidang media, Takiyuddin mempertikaikan kembali jumlah sokongan ahli parlimen kepada Anwar Ibrahim.

Menurut Takiyuddin, tidak diketahui berapa jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Malah beliau mempertikaikan mengapa ahli Dewan Rakyat blok kerajaan tidak memohon supaya undi belah bahagi dilakukan.

Penulis tidak tahu apa masalah sebenar dengan politikus Perikatan Nasional.

Tidak pernah berlaku, pihak yang mengemukakan usul meminta supaya YDP Dewan Rakyat melakukan usul belah bahagi untuk meluluskan usul tersebut.

Secara amalannya, undi belah bahagi akan diminta oleh pihak yang menentang usul yang hendak diluluskan.

Sangat menjengkelkan melihat perangai politikus Perikatan Nasional.

Tetapi itulah pilihan pengundi Tik Tok dalam PRU 15 yang lepas.

 

Putar Belit PN Dalam Isu Keabsahan Sokongan Kepada PM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker