Kenapa Gerrard pilih Ronaldo sebagai GOAT

Kenapa Gerrard pilih Ronaldo sebagai GOAT

Kenapa Gerrard pilih Ronaldo sebagai GOAT
GERRARD memilih menerokai karier pengurusan pada saingan Liga Pro Saudi selepas terkesan dengan pengaruh dibawa oleh ikob global, Ronaldo sejak berhijrah ke Al-Nassr pada tahun 2022. – AFP

ARAB SAUDI – Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard menyifatkan bintang hebat Manchester United, Cristiano Ronaldo sebagai legenda terhebat sepanjang zaman (GOAT – Greatest of All Time) apabila memperincikan pengaruh pemain tersebut dalam kariernya.

Terdahulu, Gerrard menerima tawaran untuk menjadi pengurus sebuah kelab Arab Saudi iaitu Al-Ettifaq pada 3 Julai lepas, meskipun bukan salah satu daripada empat kelab yang disokong oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, bermakna mereka tidak menikmati tahap sokongan kewangan seperti Al-Nassr, Al-Ittihad, Al-Hilal dan Al-Ahli.

Dalam temu bual panjang bersama Liga Pro Saudi baru-baru ini, Gerrard bercakap panjang lebar tentang mengapa beliau memilih laluan ke Arab Saudi sebagai langkah seterusnya dalam karier pengurusannya.



Menurut The Lverpool Echo, Gerrard telah memohon jawatan kosong di Leeds United dan Leicester City ketika itu, namun kekosongan sudah tertutup menyebabkan legenda The Reds itu tidak teragak-agak untuk menyertai Al-Ettifaq.

Menjelaskan sebahagian daripada sebab pemilihannya itu, Gerrard lantas menjawab disebabkan oleh ikon Manchester United, Ronaldo.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?




Legenda Portugal itu ialah bintang global pertama yang menyertai Liga Arab Saudi pada akhir tahun 2022. Disebabkan pengaruhnya, beberapa nama besar seperti Karim Benzema, Riyad Mahrez, N’Golo Kante, Neymar dan Sadio Mane telah menyertai Liga Pro Saudi.

Justeru, Gerrard membuktikan betapa berpengaruhnya Ronaldo dalam meningkatkan profil Liga Pro Saudi yang juga menjadi faktor di sebalik keputusannya sendiri menyertai bola sepak di negara Timur Tengah itu.

Disebabkan itu juga, Gerrard melabelkan Ronaldo sebagai GOAT, singkatan untuk terhebat sepanjang zaman.

“Ketibaan ‘The GOAT’ seperti yang kami gelar kepada Cristiano, beliau tiba pada Januari dan amat jelas sekali ibarat menandatangani bintang yang hebat. Masih banyak lagi yang boleh beliau tawarkan untuk sukan bola sepak.



“Setakat ini, selepas menempuhi enam bulan, saya melihat keputusan penghijrahan Ronaldo, liga, menonton beberapa perlawanan dan sorotan, ternyata populariti meningkat mendadak dan menjadi topik perbualan untuk semua orang.

“Pada saat itu juga, , lebih ramai pemain terkenal, berbakat dan kemahiran menyertai liga. Pada masa itu bertepatan dengan masa saya mencari peluang dalam karier, jadi saya terpesona dari jauh menyaksikannya.

“Apabila ejen saya membawa beberapa tawaran dan peluang dari Arab Saudi pada masa itu, saya terpesona untuk menerokainya,” kata Gerrard. – AGENSI

 



Kenapa Gerrard pilih Ronaldo sebagai GOAT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button