Syarikat pelaburan Amerika beli Lyon

Lyon: Syarikat pelaburan Amerika, Eagle Football Holding melebarkan portfolio antarabangsa yang semakin meningkat dengan menguasai kelab Ligue 1, Lyon, umum kelab Perancis itu dalam satu kenyataan.

Syarikat induk itu diusahakan oleh usahawan teknologi, John Textor yang turut mempunyai kepentingan dalam Crystal Palace, kelab Liga Perdana Inggeris, Botafogo di Brazil dan RWD Molenbeek di Belgium.

Perjanjian baharu itu dianggarkan bernilai lebih A$850 juta (RM3.7milion), diselesaikan selepas melakukan enam bulan rundingan.



Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas berkata kedua-dua pihak mencapai perjanjian.

Textor berkata, dalam sidang media secara maya perjanjian terakhir ditangguhkan kerana urusan prosedur bank.

Bagaimanapun ramai peminat Eropah mencurigai pemilik Amerika itu.

“Bagi saya bola sepak bukan perniagaan,” katanya.



“Saya di sini bukan untuk membina empayar mahupun memaksimumkan kekayaan saya sebelum saya mati.

“Saya pencinta bola sepak. Saya menonton lebih daripada 250 perlawanan setahun dan selalunya dari luar.”

“Saya mengikuti bola sepak saya saya tidak berpura-pura mengetahuinya. Tetapi sebagai pemilik apa yang saya tahu bagaimana untuk bertanyakan soalan yang betul dan membuat keputusan yang betul.”

OL, syarikat induk yang memiliki Olympique Lyonnais, mengeluarkan kenyataan selepas penutupan bursa saham Paris memetik Textor.



“Kisah baharu bermula hari ini,” kata warga Amerika berusia 57 tahun itu.

Eagle memperoleh pegangan yang dikawal oleh Aulas, pemilik sejak 1987, dan pegangan minoriti syarikat hiburan Perancis Pathe dan firma pelaburan China IDG Capitals.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button