TikTok nafi beroperasi haram di Taiwan

TikTok nafi beroperasi haram di Taiwan

TikTok nafi beroperasi haram di Taiwan

TAIPEI: TikTok menafikan bahawa pihaknya menubuhkan sebuah syarikat subsidiari di Taiwan selepas pihak berkuasa wilayah separa autonomi itu memaklumkan sedang menyiasat aplikasi media sosial itu kerana beroperasi secara haram.

Menurut Mainland Affairs Council (MAC), Kabinet dalam satu mesyuarat telah memohon siasatan membabitkan pelbagai agensi dijalankan mengenai isu keselamatan yang dikemukakan oleh TikTok pada awal bulan ini.

Jelas badan penggubal dasar China tertinggi di Taiwan, kes itu sudah diserahkan kepada pendakwa raya untuk disiasat.

Ia berikutan dakwaan sebuah syarikat tempatan terlibat dalam aktiviti perniagaan di Taiwan bagi pihak ByteDance, firma induk TikTok China.

Platform internet dan media sosial China dilarang daripada menjalankan perniagaan di Taiwan di bawah undang-undang tempatan.

Sementara itu, ByteDance memaklumkan pihaknya tidak mempunyai syarikat di Taiwan.

“Laporan terbaharu yang mendakwa ByteDance menubuhkan anak syarikat di Taiwan adalah tidak benar.

“Syarikat belum menubuhkan sebarang entiti di Taiwan,” kata seorang jurucakap kepada AFP.

Akhbar Taiwan Liberty Times melaporkan bahawa anak syarikat yang disiasat merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 2018, menukar namanya kepada ByteDance Taiwan Ltd Co pada November.

Taiwan sebelum ini memberi amaran negara itu menerima maklumat palsu dan intipan dari China.

Perkara itu meningkatkan penelitian terhadap perniagaan China di Taiwan sejak beberapa tahun kebelakangan dan mengenakan peraturan pelaburan ke atas pelbagai sektor utama, termasuk industri semikonduktor di pulau itu. – AFP

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

TikTok nafi beroperasi haram di Taiwan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker