Terus urus Sabiha Gokcen

Terus urus Sabiha Gokcen

Terus urus Sabiha Gokcen
ANWAR (tiga dari kanan) bersama Erdogan (dua dari kanan) beramah mesra dengan delegasi Malaysia.

SYARIKAT pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerima berita baik apabila mendapat keizinan Kerajaan Turkiye supaya ia terus menguruskan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul.

Ini kerana Turkiye berpuas hati dengan kejayaan syarikat milik kerajaan Malaysia menerusi Khazanah Nasional itu mengendalikan lapangan terbang berkenaan.

Ia dimaklumkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dua hala mereka ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini petang waktu tempatan.

“Edrogan setuju MAHB terus mengendalikan lapangan terbang itu kerana berpuas hati sehingga kini dan mahu sambungan landasan yang lebih panjang,” katanya.

Anwar berkata, Turkiye berpendapat MAHB berkeupayaan untuk melaksanakan operasi lapangan terbang itu dan dan mahu ia dikendalikan oleh syarikat sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


Katanya, walaupun persetujuan meneruskan operasi oleh MAHB sudah diumumkan, Anwar berkata, ia akan melalui proses biasa oleh kementerian yang berkenaan.

“Ini satu dokongan yang cukup besar dan keyakinan kepada syarikat Malaysia untuk membangun dan menguruskan Lapangan Terbang Sabiha,” katanya.

Dimiliki sepenuhnya oleh MAHB, lapangan terbang itu merupakan pintu masuk keenam paling sibuk di Eropah dengan jumlah penumpang mencecah 25 juta pada 2021, yang merupakan 70 peratus daripada angka prapandemik Covid-19.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri-menteri Kabinet daripada kedua-dua pihak, Anwar berkata, mereka turut membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala dari segi pelaburan dan perdagangan.

Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Turkiye di Asean dengan jumlah perdagangan sebanyak US$4.7 bilion pada 2022, pertumbuhan 35 peratus daripada 2021.

Angka eksport Malaysia ke Turki pada 2022 mencecah paras RM17.39 bilion, yang sebahagian besarnya daripadanya minyak sawit, produk pertanian berasaskan minyak sawit, pembuatan logam, tekstil, pakaian, kasut, produk elektrik dan elektronik serta produk perkilangan berasaskan minyak sawit.

Jumlah import pada 2022 direkodkan sebanyak RM2.86 bilion yang merangkumi produk petroleum, barang kemas, produk besi dan keluli, kimia dan produk kimia, tekstil, pakaian serta kasut.

Terus urus Sabiha Gokcen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker