Undi percaya, ‘Geng 10’ undi Anwar di Parlimen

Mana 'akuan bersumpah' dari PN?

 Oleh – Bakhtiar Omar


Undi percaya, 'Geng 10' undi Anwar di Parlimen

Gelanggang Parlimen telah dibuka semalam dengan pemilihan Speaker dan undi Percaya terhadap kerajaan serta undi percaya Perdana Menteri Ke-10.

Menarik sekali apabila undi Percaya diluluskan hanya menggunakan pungutan suara dalam Parlimen. Ini bermakna ‘Geng 10’ turut bersama bersetuju untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat yang baru dibuat menerusi undian bersurat.



Johari Abdul yang dicadangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berjaya memperolehi 147 undian, manakala  Radzi Sheikh Ahmad yang dicadangkan Hamzah Zainudin mendapat 74 undi.

Biarpun ada berlaku keributan yang dijangkakan akan berlaku dalam undi percaya terhadap Anwar, jelas ia tidak berlaku seperti yang diperkatakan.

Adakah ini bermakna sudah berlaku “pusingan U” kalangan ‘Geng 10’ menyedari mereka tidak mampu mencabar keabsahan pelantikan PM dan pembentukan Kerajaan Perpaduan?

Melihat kepada angka 74 undian yang diperolehi Radzi Jidin, ia memberi bayangan Perikatan Nasional sebenarnya tidak mempunyai sokongan yang cukup bagi mencabar pembentukan Kerajaan Perpaduan.



Perkara tersebut dipercayai menyebabkan ‘Geng 10’ terpaksa menghentikan sebarang agenda yang dicanangkan sebelum ini.

Undi percaya, 'Geng 10' undi Anwar di Parlimen

Biarpun ada dakwaan satu pihak mendapat sokongan berbentuk ‘akuan bersumpah’ dari ‘Geng 10’ yang akan menyokong Perikatan Nasional, tiada sebarang ‘akuan bersumpah’ dikemukakan semalam.

Adakah ini bermakna ‘Geng 10’ hanya bermain drama untuk memberi sokongan kepada pihak lain sedangkan mereka kini berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Atau mereka sebenarnya telah diperdaya oleh individu tertentu bagi mempercayai Kerajaan Perpaduan hanya mampu bertahan lama berikutan Undi Percaya terhadap PM.

Ternyata perancangan untuk menyakinkan Ahli Parlimen bahawa Anwar sebenarnya tidak disokong sepenuhnya telah gagal.

Hari ini, sidang Dewan Rakyat berakhir pada jam 11.30 pagi namun masih tiada sebarang ‘akuan bersumpah’ atau cubaan mencabar kesahihan jawatan Perdana Menteri dilakukan oleh pihak pembangkang.

Jelas, pembangkang hanya mencari populariti dan menimbulkan keresahan kepada rakyat tanpa ada fakta yang cukup kuat untuk dikemukakan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker