Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
Oleh Adam Malik
Tun Mahathir pernah berkata BN dan Parti UMNO sudah mati hanya tinggal nama sahaja satu waktu dulu.
Kemudian Tun Mahathir juga perlekehkan bahawa UMNO ini bukan UMNO yang dulu.
Tidak pasti maksud Mahathir “UMNO yang dulu” itu sama ada UMNO yang Medeka kan negara atau UMNO Baru yang ditubuhkan nya selepas UMNO yang no keahlian 0000001 milik Tunku Abdul Rahmab menjadi miliknya.
UMNO yang dulu banyak aset tetapi setelah dibatalkan entah siapa merompak aset UMNO itu.
Kini, bukan UMNO yang berada dilautan gelora , sebalik nya dua parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri yang hampir karam.
Ketka ini UMNO menjadi kerajaan dan akan berusaha mendakwa beberapa pemimpin Parti Bersatu dan segelintir pemimpin UMNO yang berkiblatkan parti Bersatu.
Sebalik nya, Parti Bersatu dan PEJUANG pula dalam keadaan carca marba.
Parti Bersatu diramalkan akan dipinggirkan sebaik sahaja pemimpin nya Muhyiddin Yassin didakwa nanti.
Kini, dilaporkan Parti PEJUANG pula sedang menghadapi masalah.
Sebaik sahaja seorang ahli ternbilang PEJUANG , Khairuddin Hassan mengumumkn keluar dari parti, maka lumpuh lah Parti PEJUANG KL.
Khairuddin Abu Hassan menyatakan hilang keyakinan kepada PEJUANG dibawah pimpinan Mukhriz Mahathir dan menyatakan selama ini beliau hanya menyokong Mahathir sahaja dan bukan PEJUANG.
Namun, apa pun kenyataan nya ia tetap sama sahaja.
Ada khabar angin menyatakan ada ura ura sebelum ini Mukhirz mahu berunding dengan salah satu gabungan sama ada Bersama Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.
Ini membuat kan beberapa pemimpin tertinggi PEJUANG tidak berpuasa hati.
Ada juga khabar angin ada seoramg pemimpn muda dari UMNO cuba bertemu Mukhriz bagi mewakili “warlord’ nya, tetapi hasrat nya terhalang.
Apa pun, PEJUANG mencari jalan untuk ‘survival’ nya.
Perletakan jawatan Tun Mahathir sudah pun tiada ‘nilai’ kerana Tun Mahathir bukan lagi faktor dalam politik negara.
Tun Mahathir hanya boleh bertindak belakang tabir perguna talibarut dan pihak ketiga sahaja.
Ini kerana jenama “Mahathir’ sudah hancur teruk.
Mungkin MN 2.0 ada lah alat terbaru Mahathir.
Apa yang nyata , dari kata mulut Tun Mahathir “UMNO sudah mati tinggal nama” kini jelas telah terkena kepada diri nya sendiri.
UMNO masih disitu lagi , walau pelbagai cara digunakan untuk menghancurkan nya sebalik nya kedua parti terhasil dari tangan Mahathir kini yang berhadapan kepupusan.
Bersatu diramal akan mereput sebaik sahaja pemimpin nya didakwa tanpa gangguan UMNO , dan PEJUANG juga berhadapan kepupusan tanpa taktik kotor dari UMNO.
Benar juga kata kata dimana ada Mahathir di situ ada kehancuran dan perpecahan.
Politik Mahathir sendiri ada lah “Self destruction” selain ‘destruction’ kepada negara.