Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan [VIDEO]

“Tengah jalan hilang pertimbangan, menggigil”

Wanita ini cemas diserang anxiety sehingga dihantar oleh polis ke rumah.

Wanita ini cemas diserang anxiety sehingga dihantar oleh polis ke rumah.
Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan

KESIHATAN mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan walaupun penyakit ini tidak kelihatan dek mata kasar.

Kecelaruan minda yang membebani seseorang itu ternyata boleh mengganggu kehidupan hariannya.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita yang senang disapa sebagai Cik Nin menceritakan detik dia mengalami serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack).





Lebih mencemaskan apabila serangan itu berlaku ketika dia sedang memandu kereta di jalan raya.

“Tiga jam panic attack di tengah jalan raya. Jadi kaku di lampu isyarat, langsung tak boleh drive.

“Dada rasa sakit, susah bernafas dan jantung berdegup dengan kencang,” tulis Cik Nin dalam perkongsiannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut Cik Nin, simptom itu sudah bermula sejak berada di pejabat dan dia memutuskan untuk terus bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.



Namun, tidak disangka ketika dalam perjalanan, serangan anxiety itu memuncak sehingga dia tidak mampu meneruskan pemanduan.

“Tak sangka di tengah jalan hilang pertimbangan. Satu badan menggigil. Rasa kebas semua,” cerita Cik Nin mengenai apa yang dirasainya ketika itu.

Alhamdulillah anggota polis hantarkan. Rasa penat sangat sampai pengsan dalam kereta.

CIK NIN

Dalam video itu, dapat dilihat tapak tangan Cik Nin yang terketar-ketar kerana serangan anxiety yang sedang dialaminya.

“Saya call ambulans tapi mereka sedang sibuk. Saya kemudian call polis minta bantuan sebab dah makin teruk menggigil.



“Bila sampai je anggota (polis), saya dah berpeluk tubuh menggigil. Bibir kering dan berpeluh,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melalui video itu, Cik Nin berkongsikan bagaimana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut mengambil alih tempatnya sebagai pemandu kerana keadaanya yang tidak stabil.

Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan
Wanita ini dihantar oleh pihak polis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya memang langsung tak boleh drive. Anggota suruh saya ke tepi dan dia pandu kereta saya sambil cuba tenangkan saya.

“Waktu tu dah pukul 8 malam dah. Anggota tu ajak saya borak sambil menuju ke balai tapi saya memang tak boleh bercakap langsung dah, menggigil badan ni.



“Sampai je balai, anggota tenangkan saya, cakap dekat saya sini ada polis. Semuanya selamat. Mereka minta saya berehat dan bertenang,” kata Cik Nin.

Walaupun begitu, keadaan Cik Nin masih tidak menunjukkan tanda untuk bertambah baik dan pihak polis menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dekat hospital masih menggigil sampai 3 pagi. Doktor cakap lembut-lembut untuk tenangkan saya.

Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan
Kereta peronda polis mengiringi wanita ini pergi ke balai.

 



“Cakap saya selamat di hospital, ada orang di sekeliling,” kata Cik Nin dalam video itu.

Menjelang pagi, Cik Nin dihantar ke rumah oleh anggota polis.

“Alhamdulillah anggota polis hantarkan. Rasa penat sangat sampai pengsan dalam kereta.

“Tak sedar dekat mana dan rasa blur,” kata Cik Nin yang kepenatan setelah seharian bergelut dengan serangan gangguan kebimbangan.

 

Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan
Anggota polis menghantar wanita ini pulang ke rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsikan pengalaman mereka mengalami serangan sama.

“Dulu pernah macam ni, masa tu tak tahu lagi pasal panic attack. Alhamdulillah sekarang bila jadi macam ni ada orang sekeliling support bagi tenang.

“Saya pernah park kereta dekat tengah-tengah jalan sebab dah tak larat, dada berdebar dan sesak nafas, menggigil satu badan, akhir sekali call suami untuk datang ambil.

Anxiety dan panic attack is real guys,” demikian antara komen netizen.

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button