Julia Farhana dedah sudah nikah Dr Che Hafiz 14 Disember lalu

Minta doa dapat jadi pasangan sejati

Julia Farhana dedah sudah nikah Dr Che Hafiz 14 Disember lalu

Julia Farhana dedah sudah nikah Dr Che Hafiz 14 Disember lalu
Dr Che Hafiz dan Julia berkahwin pada 14 Disember lalu.

PELAKON Julia Farhana mendedahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Julia, 28, memberitahu majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz.

 

Julia Farhana dedah sudah nikah Dr Che Hafiz 14 Disember lalu
Julia dan Dr Che Hafiz melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember lalu.

“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri,” katanya.

Julia membuat pengumuman itu menerusi hantaran di lnstagram miliknya pada Selasa.

Sementara itu, Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Hafiz Che Baharom, 32, turut berkongsi gambar dan ucapan sama di laman sosialnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

“Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Julia ketika dihubungi memohon doa daripada semua pihak agar mereka dapat menjadi pasangan sejati di dunia dan akhirat.

Ditanya soal cahaya mata, Julia berkata, dia tidak menolak rezeki sekiranya diberikan Allah SWT dalam masa terdekat ini.

Soal anak, kalau ada rezeki kami tidak menolak.

JULIA FARHANA

PELAKON

“Saya nak ucapkan Alhamdulillah syukur, majlis berjalan lancar. Mohon doa daripada semua agar kami dapat jadi pasangan sejati. Soal anak, kalau ada rezeki kami tidak menolak,” ujarnya.

Sementara itu, pasangan ini dilaporkan sedang berbulan madu di Indonesia sejurus selepas selesai majlis pernikahan mereka.

Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Intergriti PKR hancur teruk, apa kata Anwar?

Julia dan Dr Che Hafiz melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember lalu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker