Kek Oren Lembap Dan Lembut

Kek Oren Lembap Dan Lembut
Kek Oren Lembap Dan Lembut

 

Resepi kali ini adalah Kek Oren yang sangat lembab dan lembut. Saya memang meminati kek yang mudah dan simple, dan Kek Oren salah satu dari kek yang sangat disukai saya dan anak-anak. Kek sebegini sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang atau majlis hi-tea .Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan juga keharuman butter sangat menyelerakan. Dalam resepi ini ada menggunakan sour cream, tujuannya untuk membuatkan kek menjadi lembap dan ‘rich’. Pasti dapat rasa beza sedapnya kek macam ni yang menggunakan sour cream. Satu lagi bahan yang menbuatjkn kek anda lembut dan sedap adalah mentega. Pilih mentega yand berkualiti tinggi,.kalau tidak, jenama Buttercup pun ok 🙂

Sila rujuk bahagian tips untuk panduan.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 sudu kecil parutan kulit oren
  • 2 biji telur saiz A
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1/4 cawan perahan jus oren segar
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
  2. Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
  3. Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
  4. Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,

 

Tip:

 

  • 1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda.
  • 2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam adunan.

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

Kek Oren Lembap Dan Lembut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker