Lebih 70,000 terjejas gempa bumi kuat di California

CALIFORNIA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 11 lagi cedera di California, Amerika Syarikat (AS).

Gempa bumi itu berlaku berhampiran Ferndale, kira-kira 338 kilometer (km) barat laut San Francisco semalam, merosakkan bangunan dan jalan serta menyebabkan bekalan elektrik lebih 70,000 rumah terjejas.

“Dua orang meninggal dunia, manakala 11 yang lain cedera,” memetik kenyataan Pejabat Perkhidmatan Kecemasan Daerah Humboldt.



Wilayah itu juga terkenal dengan aktiviti seismik yang kerap berlaku walaupun gempa terbaru menyebabkan lebih banyak gangguan, berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (CalFire), gegaran hari ini menyebabkan satu kebakaran struktur yang berjaya dipadamkan, selain dua bangunan lain runtuh.

Jurucakap jabatan, Tran Beyea, berkata pihaknya menerima 70 panggilan kecemasan selepas berlaku gegaran, termasuk satu laporan berhubung seorang individu yang terperangkap dan perlu diselamatkan.



Perincian mengenai mangsa membabitkan gempa masih belum diperoleh, namun seorang mangsa yang terselamat adalah kanak-kanak yang mengalami kecederaan di kepala dan seorang warga emas yang patah di bahagian pinggul.

Polis menutup jambatan menyeberangi Sungai Belut ke Ferndale, sebuah bandar yang terkenal dengan kedai dan kediaman zaman Victoria selepas berlaku empat keretakan besar.

Peronda Lebuhraya California juga berkata, jalan raya di situ juga berisiko

menggelongsor.



Pihak berkuasa melaporkan, sekurang-kurangnya empat jalan lain di daerah Humboldt ditutup akibat kerosakan gempa bumi dan kemungkinan saluran gas pecah sedang disiasat.

Peronda Lebuhraya, berkata satu bahagian jalan raya dilaporkan tenggelam.

“Gegaran itu benar-benar kuat,” kata Daniel Holsapple, 33, yang juga penduduk Arcata.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button