Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan

Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan

Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan

Keputusan PRU 15 menyaksikan tidak ada satu parti politik yang dapat menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Kerajaan Perpaduan ditubuhkan atas gabungan beberapa parti gabungan seperti Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain parti.

Sudah menjadi amalan biasa, setiap kali hendak memasuki pilihanraya umum, parti politik akan mengemukakan manifesto pilihanraya untuk memikat pengundi.



Persoalannya, apabila kerajaan terpaksa ditubuhkan dengan kerjasama beberapa gabungan parti politik, bagaimanakah dengan manifesto yang telah dijanjikan kepada pengundi?

Adakah ianya akan terbatal dengan alasan tidak ada parti yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian?

Kerajaan Perpaduan mempunyai penyelesaian yang dilihat bijak dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Kerajaan Perpaduan sedar, sekiranya tidak dapat dilaksanakan semua manifesto, sudah pasti rakyat berharap sekurangnya sebahagian dari manifesto itu dapat dilaksanakan.



Untuk memenuhi hasrat rakyat dan untuk berlaku adil kepada semua parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan, satu jawatankuasa akan dibentuk.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali dan tugas utama mereka adalah untuk mengkaji semua manifesto gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan.

Manifesto yang didapati praktikal dan boleh dilaksanakan akan dikaji perlaksanaannya.

Namun ianya terikat kepada satu set prinsip seperti yang digariskan seksyen 2 memorandum perjanjian (MOA) yang dimeterai pihak kerajaan.

Ia berkaitan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, memberi peluang ekonomi yang adil kepada golongan miskin tanpa mengira latar belakang, serta menjaga hak kebebasan bersuara.

Tunjang utama adalah usaha pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan, eksekutif, legislatif dan kehakiman.

 

Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker