Pemain Maghribi terima sambutan hero

RABAT: Puluhan ribu penyokong Maghribi bertumpu di ibu kota ini bagi menyambut kepulangan pasukan kebangsaan mereka, pasukan dari Arab atau skuad Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Pasukan dan jurulatih mereka, Walid Regragui melambai dari atas bas ketika mereka dibawa dari lapamngan terbang ke sekitar Rabat, diiringi banyak kereta polis dan motorsikal selain lampu dan bunyi siren.

Penyokong bersorak dan sebahagiannya menyalakan suar sambil bunga api dimainkan sekitar bandar tepi pantai itu.

“Saya sangat bangga dengan pasukan kami. Siapa tahu – mungkin satu masa nanti mereka boleh menang piala itu,” kata Adam Najah, pekerja restoran berusia 27 tahun dari bandar Meknes.

Katanya dia melalui perjalanan sejauh 150 kilometer untuk “mengalami sendiri hari bersejarah itu” dan “meraikan cerita indah Maghribi di Piala Dunia.”

Ramai penyokong memakai baju pasukan dan mengibarkan bendera merah, menanti berjam-jam untuk melihat hero mereka.

Pasukan berkenaan juga dijemput berjumpa King Mohammed VI.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker