Selisih faham punca geng motosikal bergaduh

Selisih faham punca geng motosikal bergaduh

Selisih faham punca geng motosikal bergaduh
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) pada sidang media di IPK Selangor, Shah Alam. – Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Perselisihan faham membabitkan kumpulan motosikal menjadi punca pergaduhan di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata susulan kejadian itu, seramai tujuh lelaki berusia lingkungan belasan tahun hingga 20-an ditahan bagi membantu siasatan pada hari sama

“Setakat ini, punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara geng motosikal dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video sekumpulan lelaki bertindak agresif dengan merusuh di sebuah restoran di Pandan Indah, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Politiking’ siapa dalam PAS yang benam legasi Nik Aziz?


Difahamkan, kejadian sekitar jam 10 malam itu membabitkan dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu seramai 44 ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) termasuk lapan kanak-kanak masih berkumpul dan mengadakan mogok lapar di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh setakat jam 2 petang hari ini.



“Polis sudah membuka kertas siasatan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 4 (2) (f) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ini adalah hari ketiga mereka mogok dan polis telah beri ruang dan masa yang cukup justeru kita minta mereka bersurai,” katanya.

Selisih faham punca geng motosikal bergaduh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker