Rombongan penduduk flet mahu datang ke mahkamah beri semangat kepada “Bossku” sebagai saksi Tok Uban.

 

Oleh Adam Malik

Benar juga bagai dikata , tiap kali ada kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak pasti ada pembuktian kebaikan sumbangan DSNR.

Pada kes percukaian Datuk Sharir Samad dengan LHDN pun pun begitu juga.

Pembuktian dana diberi oleh DSNR kepada Datuk Sharir Samad  bagi membantu rakyat akhirnya muncul apabila penduduk penduduk flet yang dibantu guna dana pemberian DSNR mahu turun kemahkamah sebagai beri sokongan kepada “Bossku”pada 22hb Disember ini.



Mereka mahu hadir sebagai membenarkan kenyataan Datuk Sharir sebagai yang dikatakan untuk membantu penduduk flet yang terbabit.

Kes yang terkenal sebagai “selective pesecution’ @ kes pilihan oleh Tun Mahathir dimana hanya Sharir dan Ahmad Maslan sahaja yang didakwa dan Mas Ermiati serta Datuk Mustapha Mohamad diselamatkan oleh Tun Mahathir dari didakwa kerana melompat ke parti Bersatu sebagai “katak”.

Perkara diatas boleh di baca dilaman Facebook Tok Uban di bawah ini :-

Apabila pihak Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa DS Najib akan tampil sebagai Saksi Pendakwaan di perbicaraan kes LHDN/AMLA saya pada 22hb Disember ini, saya diberitahu akan ada rombongan pemilik rumahpangsa Seri Anugerah yang ingin datang ke mahkamah hari itu.
Ianya tidak memeranjatkan.
Kerana dana RM1 juta darl DS Najib kepada saya pada Nov 2013 yang telah membantu menyiapkan rumah-rumahpangsa mereka. Projek perumahan ini telah pun tergendala selama 8 tahun.
Saya telah gunakan dana parti dan duit simpanan saya untuk mulakan kerja memulihkan rumah-rumahpangsa mereka. Tapi tidak mencukupi dan kerana itu, saya mohon pertolongan dari DS Najib selaku ketua parti.
Ikut Pernyataan Bertulis Puan Nurzahidah Binti Yacop, Penolong Penguasa Gred P29, iaitu Pegawai Penyiasat (IO) SPRM, jumlah yang telah saya belanjakan dari dana RM1 juta untuk ‘melaksanakan Projek Pemulihan Perumahan Puri Langkasuka (Seri Anugerah) Larkin’ adalah sebanyak RM543,800.
Jumlah ini kalau tidak dikira sekali sebanyak RM69,090 yang dibayar dari akaun Maybank saya. Jumlah ini ada juga disebut dalam Pernyataan Bertulis Puan Nurzahidah.
Jadi, kalau dicampur sekali, ianya berjumlah RM612,890. Ini pun jumlah yang dibelanjakan selepas penerimaan cek RM1 juta dari DS Najib.
Tapi sepertimana dinyatakan oleh seorang Saksi Pendakwaan yang terlibat dalam pemulihan projek perumahan kos rendah Seri Anugerah itu, kos keseluruhan pemulihan tidak kurang dari RM4 juta.
Kerana dia terlibat diperingkat terakhir iaitu untuk menyiapkan yunit-yunit rumah, jumlah pembayaran kepadanya adalah RM612,890. Ini ikut Pernyataan Bertulis IO SPRM.
Namun, dana dari DS Najib telah menyiapkan perumahan Seri Anugerah serta menggantikan duit simpanan yang telah saya belanjakan dulu.
Kerana itu, akan adanya rombongan dari kalangan pemilik rumah-rumahpangsa Seri Anugerah pada 22hb Disember ini untuk memberikan semangat kepada DS Najib.
Serta berterima kasih kepadanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker