Usahawan ‘baru nak up’ saksi kek tunggang langgang dalam chiller [VIDEO]

Banjir tumbangkan 5 peti sejuk! Apa ditakuti jadi realiti

Usahawan ‘baru nak up’ saksi kek tunggang langgang dalam chiller [VIDEO]

Usahawan ‘baru nak up’ saksi kek tunggang langgang dalam chiller [VIDEO]
Peniaga ini reda peti sejuk dan kek jualannya musnah akibat banjir.
BENCANA banjir yang berlaku di beberapa kawasan sekitar negeri Pantai Timur semakin meruncing.
Banyak kisah duka dan sedih yang terjadi pada musim banjir dikongsikan di media sosial, baik oleh mangsa sendiri atau orang terdekat dengan mereka.Setakat ini situasi di Terengganu dan Kelantan dilihat amat membimbangkan apabila hujan berterusan dan menenggelamkan beberapa daerah di kedua-dua negeri tersebut.https://www.instagram.com/p/Cma9jrGhGJV/Turut terpalit dengan episod hitam ini adalah seorang pemilik kedai kek yang terjejas perniagaannya apabila barang-barang miliknya mengalami kerosakan sekali gus menyebabkan kerugian cukup besar.

“Akhirnya yang kami takuti… terapung juga chiller (peti sejuk) kek kami.

Chiller hampir tumbang. 60 peratus kek rosak,” tulisnya dalam satu video yang dikongsi di TikTok.

Menerusi video itu, dia yang baru mengusahakan perniagaan sejak tujuh bulan lalu menunjukkan situasi cemas kedainya yang dinaiki air, di mana beberapa peti sejuk menunggu masa untuk tumbang dan dihanyutkan arus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Usahawan kedai kek di Kota Bharu, Kelantan, itu juga memaklumkan lebih separuh kek yang disimpan dalam peti sejuk itu musnah akibat banjir.

Mengakui sedih melihat ‘kemusnahan’ yang berlaku depan mata, peniaga ini reda dengan apa yang berlaku.

“Baru tujuh bulan buka kedai dekat sini.

“Lima biji chiller kami tunggu masa tenggelam dalam air,” tulis usahawan Hanaliciouscakes ini pada video dikongsi.

Jika diamati video yang dimuat naik, dapat dilihat kek-kek berada dalam keadaan tunggang langgang di dalam peti sejuk yang sedang terapung.

Sedekah pada orang-orang dekat situ sajalah. Mungkin lepas ni Allah akan bagi lebih lagi.

NETIZEN

Dalam situasi mencemaskan itu, kelihatan beberapa individu dipercayai pekerja kedai masih cuba menyelamatkan kek yang masih elok.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kurang baik yang menimpa wanita ini.

Usahawan ‘baru nak up’ saksi kek tunggang langgang dalam chiller [VIDEO]
Komen netizen di TikTok.
Malah terdapat netizen yang memberikan beberapa cadangan dan pendapat susulan kejadian itu .”Sedekah pada orang-orang dekat situ sajalah. Mungkin lepas ni Allah akan bagi lebih lagi.”Kena buka sikit pintu baru tak terapung. Tapi kena (switch) off plug dan kosongkan peti. Lepas surut nanti jemur bawah matahari satu hingga dua minggu.

Video tular lelaki tunggang kuda bawa bendera bukan gerakan ekstremis

Usahawan ‘baru nak up’ saksi kek tunggang langgang dalam chiller [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker