4 mangsa terbaru tanah runtuh ditemui

BATANG KALI: Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menjumpai empat mangsa terbaru insiden tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di sini, pada operasi pencarian yang genap seminggu, hari ini.

Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat mangsa ditemui pada jam 10.39 pagi tadi.

Satu sidang media berkenaan perkara itu akan diadakan pihak bomba dan polis pada masa terdekat.

Setakat semalam, sebanyak 26 mangsa disahkan meninggal dunia, manakala 61 lagi selamat dan tujuh masih hilang.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker