AS tawar vaksin kepada China bagi bendung Covid-19

AS tawar vaksin kepada China bagi bendung Covid-19

AS tawar vaksin kepada China bagi bendung Covid-19
PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di daerah Danzhai, wilayah autonomi Qiandongnan Miao dan Dong, wilayah Guizhou, barat daya China. – AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menawarkan vaksin kepada China bagi mengatasi kes penularan Covid-19 yang melonjak dengan drastik di republik itu.

Namun, tidak mungkin China akan menerima tawaran AS yang dianggap musuhnya selepas Beijing melabur dengan banyak dalam urusan pembangunan vaksin Covid-19 termasuk penghantaran vaksin buatan sendiri ke seluruh dunia.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, adalah penting bagi semua negara memberi tumpuan terhadap program vaksinasi penduduk selain menyediakan ujian saringan dan rawatan agar mudah didapati.



“AS merupakan penyumbang terbesar vaksin Covid-19 di seluruh dunia.

“Kami juga bersedia untuk terus menyokong penduduk di seluruh dunia, termasuk di China, dengan ini dan sokongan kesihatan lain berkaitan Covid-19.

“Ini adalah demi kepentingan seluruh dunia. Vaksin Covid-19 keluaran kami adalah selamat dan berkesan. Malah, kami sudah membekalkannya kepada negara di seluruh dunia tanpa mengira atau terdapat sebarang perselisihan fahaman politik,” katanya kepada pemberita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut Price, jumlah kes di China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia, menjejaskan kos dari segi tenaga buruh dan ekonomi.



“Ia bukan sahaja penting untuk China, tetapi kelangsungan pemulihan ekonomi dalam komuniti antarabangsa yang mana republik itu cuba mengatasi dan mengawal penularan wabak itu,” katanya.

China, lokasi koronavirus pertama kali dikesan tiga tahun lalu, baru-baru ini melaksanakan dasar sifar Covid-19 yang ketat.

Bagaimanapun, China menarik balik beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia selepas protes awam yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Seorang pekerja di tanah perkuburan di China memaklumkan mereka kini sedang bergelut dengan kes kematian yang semakin meningkat.



Bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan vaksin Sinopharm China mempunyai kadar keberkesanan 79 peratus terhadap gejala dan kemasukan ke hospital selepas dua dos berbanding sekitar 95 peratus untuk Moderna dan Pfizer buatan AS. – AGENSI

MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

AS tawar vaksin kepada China bagi bendung Covid-19


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button