Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC

Baru-baru ini, wakil dari kumpulan pop terkenal Malaysia iaitu Dolla, mendedahkan pengalaman mereka berdepan dengan tiga orang lelaki misteri selepas selesai sesi latihan menari.

Perkongsian yang dimuat naik di media sosial rasmi kumpulan yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan juga Syasya itu mendapat perhatian ramai.

Menurut Dolla, mereka diganggu oleh tiga lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis sewaktu menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah.



Tiga orang lelaki menaiki kereta Proton berwarna merah, memperlahankan kereta dan menurunkan cermin kereta sebelum merenung kami sehingga membuatkan kami tidak selesa.

Kena tengking bila ditanya

Bukan itu saja, ketiga-tiga mereka juga melakukan provokasi dengan bertanya pelbagai soalan sebelum meminta Dolla untuk menyerahkan kad pengenalan (IC) dan mengambil gambar tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Malah, Dolla mendakwa ditengking apabila ditanya sebab perlu menyerahkan IC namun tidak ada sebarang penjelasan kenapa mereka menyoal.



Walau bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki tersebut terus berlalu pergi selepas ada sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari situ.

Dalam kenyataan sama, Dolla menegaskan bahawa mereka berasa takut kerana tidak tahu sama ada ianya benar ataupun ‘scam’ selain meminta agar orang ramai untuk berhati-hati terutama golongan wanita.

@dollaofficialMY



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button