Empangan Semantok terpanjang di Asia Tenggara

Empangan Semantok terpanjang di Asia Tenggara
EMPANGAN Semantok terletak di wilayah Nganjuk di Jawa Timur, Indonesia. – AGENSI

JAKARTA: Empangan Semantok yang terletak di wilayah Nganjuk di Jawa Timur, Indonesia dinamakan sebagai empangan terpanjang di Asia Tenggara.

Memetik laporan Kompas, bahagian tertinggi di empangan itu berukuran 3,100 meter.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, Empangan Semantok merupakan empangan ke-30 yang dirasmikan oleh kerajaan.

Jelasnya, empangan itu dijangka mampu mengairi kawasan pertanian seluas 1,900 hektar.



“Kapasiti empangan ini amat besar iaitu 32.6 juta meter padu dengan kawasan tergenang seluas 365 hektar yang bakal menyalurkan air ke kawasan pertanian seluas 1,900 hektar,” katanya selepas merasmikan empangan itu.

Jokowi juga berharap dengan adanya Empangan Semantok, sektor pertanian di kawasan itu menjadi lebih maju.

Tambah Jokowi, pembinaan Empangan Semantok menelan kos perbelanjaan sebanyak 2.5 trilion rupiah.

Di samping berfungsi sebagai pengairan di kawasan pertanian, Empangan Semantok juga dikatakan mampu mengekalkan bekalan air mentah dan mencegah bencana banjir.



Sementara itu, pemangku ketua daerah Nganjuk, Marhaen Djumadi berkata, Empangan Semantok juga dijangka menjadi destinasi pelancongan utama di wilayah tersebut.

“Empangan Semantok merupakan terpanjang di ASEAN, jadi beberapa aktiviti sukan air boleh dijalankan di kawasan tersebut. Ini adalah potensi industri pelancongan,” katanya.

Anak kambing miliki telinga terpanjang



Empangan Semantok terpanjang di Asia Tenggara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button