Lebih 600,000 penduduk Jawa Tengah merupakan miskin tegar

Lebih 600,000 penduduk Jawa Tengah merupakan miskin tegar

Lebih 600,000 penduduk Jawa Tengah merupakan miskin tegar
DIANGGARKAN lebih 600,000 penduduk di Jawa tengah dikategorikan sebagai miskin tegar. – AFP

SEMARANG: Dianggarkan seramai 689,710 penduduk di Jawa tengah dikategorikan sebagai golongan miskin tegar dengan purata sumber pendapatan harian sebanyak 10,793 rupiah (RM3.07).

Berdasarkan data kemiskinan Jawa Tengah yang diperoleh pada Mac lalu, jumlah penduduk miskin di wilayah itu adalah seramai 3.8 juta orang atau bersamaan 10.9 peratus.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1.97 peratus merupakan golongan miskin tegar.



Jurucakap kerajaan tempatan, Edi Wahyono berkata, penduduk miskin tegar adalah mereka yang tidak mampu memenuhi keperluan harian, terutamanya makanan dan bekalan asas yang lain.

Katanya, garis kemiskinan di Jawa Tengah diukur dengan pendapatan 423,264 rupiah (RM120) per kapita dan penduduk yang mengeluarkan perbelanjaan kurang daripada jumlah itu dikategorikan sebagai miskin.

“Bagi golongan miskin tegar, mereka hidup dengan sumber pendapatan sebanyak 10,379 rupiah setiap hari atau 322,170 rupiah (RM91.70) setiap bulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Namun, jumlah penduduk miskin tegar di wilayah ini menunjukkan penurunan iaitu 1.97 peratus pada Mac lalu berbanding 2.28 peratus bagi bulan yang sama pada 2021,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.



Secara menyeluruh, kadar kemiskinan di seluruh negara merekodkan penurunan iaitu 1.04 peratus.

Sebanyak 20 daripada 34 wilayah juga merekodkan pengurangan kadar kemiskinan tegar, manakala 14 wilayah lain menunjukkan peningkatan.

Selain itu, Edi juga memaklumkan, pihak berkuasa tempatan Jawa tengah menyasarkan menurunkan lagi jumlah penduduk miskin di wilayah ini pada tahun depan.

Jelas beliau, semua daerah di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang tergolong sebagai miskin tegar.

Pisang goreng milik Indonesia?

Lebih 600,000 penduduk Jawa Tengah merupakan miskin tegar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker