MPN dibatalkan , Muhyiddin terus hilang pengaruh.

Oleh Adam Malik

Perdana Menteri ke10 Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengumumkan pembatalan badan  Majlis Pemulihan Negara MPN .

MPN yang ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum kepada Kementerian Kewangan, telah dengan rasmi nya dibubarkan.



Dengan pembubaran ini , difahami pertindihan fungsi kementerian kementerian dan tugasan Menteri tidak akan berlaku lagi.

MPN juga sering didesak untuk dububarkan oleh Barisan Nasional kerana didapati tidak banyak memberi manfaat dan kebaikan selain pembaziran masa dan kosmetik sahaja.

Pada banyak pihak ia sekadar menjadi alat dan platform untuk kepentingan politik Muhyiddin Yasssin sahaja.



Keujudan nya sudah boleh dikira  ‘dormant’ dn tidak penting lagi, tambah lagi dengan pembentukan kerajaan baru yang mahu menjimatkan wang dan perkcilkan barisan kabinet baru.

Apa yang jelas dapat dilihat ada lah setelah Muhyiddin Yassin hilang sokongan sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan jawatan PM kepada pengganti nya Datuk Seri Ismail Sabri ,  maka MPN dilihat sebagai platfrom untuk Muhyiddin masih boleh mengawal operasi kerajaan dan memantau Ismail Sabri dari jawatan itu.

Harus di ingat , pada awal nya Tun Mahathir juga sangat berminat mendapat jawatan Pengerusi MPN, namun mungkin juga mengacah konon berminat jawatan itu supaya tidak didapati oleh orang kan selain Muhyiddin.



Kini, dengan pembubaran nya , maka boleh lah dikatakan pengaruh Muhyiddin semakin terhapus.

Hanya beberapa agensi dan badan badan tertentu sahaja dipercayai masih ada sisa sisa cengkaman Muhyiddin dan Tun Mahathir.

Maka, boleh dianggap nama Muhyiddin akan semakin pudar dan pengaruh nya akan terus terhakis.



Muhyiddin diramal akan berdepan dengan beberapa kes dimasa terdekat ini.

Antara nya , isu wang berpuluh juta didapati didalam bilik seperti kenyataan Annuar Musa dan juga kes perbelanjaan wang negara ketika darurat PKP.

Apa yang pasti adalah Muhyiddin semakin kehilangan sengat dan cengkaman didalam politik.

Selain kehilangan kedudukan dan jawatan , musibah menghadapi kes kes penyelewengan dan salah guna kuasa juga menunggu Muhyiddin.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button