Muat Naik Foto ‘Jenazah’ Sendiri Sebab Enggan Bayar Hutang

Seorang wanita di Medan, Indonesia sanggup berpura-pura mati apabila dia membalutkan dirinya dengan kain kafan hanya kerana tidak mahu melangsaikan hutang.

Wanita yang hanya mahu dikenali dengan inisial L memuat naik hantaran di Facebook dengan menggunakan akaun anaknya memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia akibat kemalangan di jambatan dan ‘jenazahnya’ akan dikebumikan di Acheh.

Malah, dia turut memuat naik beberapa foto menunjukkan dirinya menjadi ‘jenazah’ yang dibalut dengan kain kafan.



Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L untuk membayar hutang, namun wanita terbabit mengatakan dia tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.

Anak tampil jelaskan perkara sebenar

Selepas tarikh pembayaran yang dijanji tiba, L minta agar tempoh pembayaran dipanjangkan sehingga 6 Disember lalu. Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran dengan menggunakan akaun anaknya dan mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, anaknya, Najwa Almira Ginting kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan wanita terbabit bertindak sedemikian kerana tidak mahu membayar hutang. Malah, dia turut meminta pihak pemiutang untuk memaafkan perbuatan ibunya.



Merdeka.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button