Neelofa dibanjiri doa khabar angin sedang hamil anak kedua
Badan nampak berisi
Neelofa dibanjiri doa khabar angin sedang hamil anak kedua
SELEBRITI sensasi Neelofa tidak pernah sepi daripada perhatian peminat, terbaharu pelakon dan pengacara itu didakwa sedang hamil anak kedua.
Ia berikutan perkongsian video memperlihatkan Neelofa sedang menjalani penggambaran bersama suami, Haris Ismail dipercayai bagi mempromosikan produk mereka yang tular di media sosial.
Bukan penggambaran itu yang menjadi perhatian sebaliknya aksi Neelofa menimbulkan syak bahawa dia sedang berbadan dua.
Menerusi rakaman tersebut, Neelofa yang mengenakan gaun labuh yang diikat di bahagian belakang dilihat sukar untuk duduk ketika cuba memberikan minuman kepada Haris.
Ramai memberi fokus kepada badan Neelofa yang turut dilihat berisi sehingga ramai percaya dia sedang hamil anak kedua.
Video berkenaan yang dikongsi menerusi sebuah akaun TikTok turut dibanjiri dengan komen tahniah dan mendoakan agar urusan selebriti itu dipermudahkan sekiranya benar dia sedang mengandung.
“Alhamdulillah.. Rezeki bakal dapat anak kedua. Dalam diam dah nak ada anak nombor dua.
“Nampaknya Muhammad Bilal dah nak dapat adik. Tahniah Neelofa!,” komen netizen.
Dakwaan itu diperkuatkan lagi apabila kemunculan Neelofa yang menggunakan kerusi roda semasa tiba di Brunie baru-baru ini menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan peminat tentang khabar angin tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa mahupun Haris tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia 11 bulan.
Neelofa dibanjiri doa khabar angin sedang hamil anak kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti