Raja Charles III tampil dalam upacara Trooping the Color
LONDON: Raja Charles III buat julung kalinya akan mengambil bahagian dalam upacara Trooping the Color iaitu meraikan tarikh rasmi kedaulatan Britain selama lebih 260 tahun, sebagai raja pada 17 Jun, menurut Istana Buckingham.
“Acara yang mengagumkan ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 17 Jun dengan Raja Charles akan menerima tabik hormat,” menurut istana dalam satu kenyataan.
Difahamkan, upacara itu akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan selepas upacara pertabalan Charles, pada 6 Mei.
Charles, 74, mengambil alih pemerintahan pada September lalu berikutan kematian ibunya, Ratu Elizabeth II.
Kerajaan Britain meraikan sambutan tarikh kedaulatannya sebanyak dua kali iaitu secara persendirian pada 14 November dan majlis rasmi pada bulan Jun, mengikut tradisi lama.
Majlis itu akan disertai lebih 1,400 askar berkawad, 200 kuda dan 400 pemuzik.
Perarakan bermula di kediaman rasmi raja di Istana Buckingham, London dan akan berakhir dengan aksi penerbangan oleh Tentera Udara Diraja, di mana Charles dan ahli keluarganya akan menonton dari balkoni istana.
Upacara itu berasal daripada peristiwa persiapan perang di mana semua bendera ditunjukkan kepada askar supaya mereka tidak keliru dalam pertempuran.
AFP