“Team KJ” tandingi jawatan Presiden Umno?

Siapa sebenarnya 'Broker' yang merancang?

Oleh – Bakhtiar Omar


"Team KJ" akan tandingi jawatan Presiden Umno?

Pemilihan Umno dijangka akan berlangsung tahun hadapan dan ura-ura susunan pencabar bagi setiap jawatan mula diperkatakan.

Paling menarik perhatian ialah jawatan Presiden Umno itu sendiri. Ada desas-desus menyatakan, “Team KJ” akan tandingi jawatan tersebut dengan sokongan kuat beberapa nama besar yang dikenali sebagai ‘Broker’ dalam Umno.

Difahamkan jenama “Team KJ” ini tidak membawa nama KJ tetapi hanya digunakan untuk mengalih perhatian ahli Umno.



“Team KJ” ini merupakan sebahagian daripada perancangan asal pengambil-alihan Umno dari kumpulan tertentu oleh pemimpin tertentu dalam Umno. Ini kononnya bagi merealisasikan niat untuk ‘meremajakan’ Umno itu sendiri.

JAWATAN PRESIDEN BUKAN ‘PERCUMA’ DAN ‘BEBAS’ TANGGUNGJAWAB

"Team KJ" akan tandingi jawatan Presiden Umno?

Sebagaimana diketahui, jawatan Presiden merupakan impian bagi setiap ahli Umno, namun tidak semua memperolehi peluang tersebut. Jawatan selaku Presiden bukan hanya sekadar pada nama tetapi ia hadir dengan tanggungjawab besar yang perlu dipikul.

Bagi mendapatkan jawatan itu, bukan semua pemimpin dalam Umno layak dan mampu membawa parti ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Konflik, kontroversi, perbalahan, perpecahan dan sabotaj pernah melanda Umno sebaik jawatan tersebut dipertandingkan.



HANYA ‘PENGECUT’ BERANI BERSELINDUNG DISEBALIK IMEJ ORANG LAIN

"Team KJ" akan tandingi jawatan Presiden Umno?

Bagaimanapun, dikatakan “Team KJ” ini mendapat sumber dari pemimpin serta bekas pemimpin yang berselindung disebalik imej orang lain.

Mereka sebenarnya kini menjadi liabiliti kepada Umno berikutan tindak-tanduk mereka yang menyumbang kepada faktor kekalahan Umno/BN semasa PRU15.

Untuk merealisasikan hajat mereka, naratif menuding, menyalahkan Presiden serta memburukkan Umno itu sendiri digerakkan menerusi pelbagai kaedah termasuk penggunaan media sosial.

Media sosial merupakan jalan terpantas mempengaruhi pemikiran ahli bawahan agar terus mempersoalkan tindakan yang dilakukan pemimpin terutama Presdien Umno itu sendiri.

UMNO DIPECAHKAN DENGAN PELBAGAI GELARAN TERMASUK KATEGORI ‘KLUSTER’ OLEH BROKER POLITIK

Lihat sahaja bagaimana serangan terhadap Zahid seolah dirancang dengan teliti oleh ‘pemikir-pemikir’ yang diupah dengan laba yang agak lumayan untuk memburukkan Umno itu sendiri.

Tanpa segan-silu, serangan berbentuk provokasi gelaran serta mengkategorikan kluster-kluster tertentu adalah umpan terbaik sebagai hidangan ‘pembuka selera’.

Selesai kejayaan gelaran tertentu, kini serangan terarah kepada bagaimana mahu ‘membunuh karektor’ Presiden Umno itu sendiri.

Bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, peluang tersebut hadir sebaik BN menerima pelawaan PH bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Segala bentuk ‘dalil’, naratif, hukum hakam, teori digunakan bagi menampakkan Zahid telah menjual prinsip Umno kepada PH demi jawatan dalam Kerajaan.

BUKAN HANYA ZAHID DITOLAK, MALAH TOK MAT JUGA BAKAL DITUMBANGKAN JIKA ‘TIDAK IKUT CAKAP’ BROKER

"Team KJ" akan tandingi jawatan Presiden Umno?

Ia tidak hanya melibatkan Zahid semata tetapi Timbalan Presiden turut terjerumus dalam naratif yang dilakukan sekawan ‘Broker’ yang dipercayai akan memberi sokongan kepada “Team KJ”.

Bagi menyakinkan ahli bawahan, imej KJ perlu di’suci’kan dengan kisah kejayaan beliau selaku Menteri Kesihatan dan sikap ‘rendah diri’ yang redha diberikan tanggungjawab bertanding di Sg Buloh.

Gaya KJ yang disenangi anak muda akan digunapakai dalam kempen tersebut tetapi sebenarnya KJ hanya diperalatkan untuk merosakkan kekuatan Umno itu sendiri. 

Siapa yang sebenarnya mahu jawatan Presiden hanya akan dikenali selepas ‘Broker’ berjaya tumbangkan Zahid Hamidi dalam pemilihan akan datang.

Tetapi diandaikan pada ketika itu, Umno sudahpun di’jual’ jiwa dan rohnya kepada pihak lain yang telah lama mahu menguburkan Umno itu sendiri.

Perlu diingatkan dalam politik segalanya berkemungkinan kerana apa yang dilihat hari ini tidak semestinya akan kekal esok hari.

 

Tulisan artikel ini tidak melambangkan pendirian MyTvOnline segala komen adalah tanggungjawab pembaca sendiri.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker