United teruskan kemaraan

LONDON: Marcus Rashford menandakan kepulangannya daripada tugasan di Piala Dunia dengan jaringan solo menarik ketika Manchester United mara ke suku akhir Piala Liga sebentar tadi menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Burnley manakala pencabar Liga Perdana (EPL), Brighton disingkirkan kelab divisyen tiga, Charlton.

Ia adalah perlawanan pertama United sejak Piala Dunia dan pertama sejak pemergian Cristiano Ronaldo dari Old Trafford – menyaksikan mereka di depan pada minit ke-27 menerusi pemain Denmark, Christian Eriksen yang juga beraksi di Qatar 2022.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 21: <> during the Carabao Cup Fourth Round match between Manchester United and Burnley at Old Trafford on December 21, 2022 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Rashford, yang meledak tiga gol buat England pada Piala Dunia, menggandakan kelebihan United berdepan kelab Liga Kejuaraan, Burnley yang diuruskan bekas bintang Manchester City, Vincent Kompany sebelum sejam perlawanan.

Penyerang England itu melarikan bola dari kawasan sendiri dan masuk ke dalam kotak penalti lawan sebelum menyepak leret ke gawang.



“Ada ruang di depan anda dan anda perlu menunggu masa yang tepat untuk menhantar bola tetapi ruang itu sudah terbuka dan saya gembira ia masuk,” kata Rashford kepada Sky Sports.

Ini ialah perlawanan pertama Rashford sejak England tersingkir pada suku akhir di tangan Perancis dengan penyerang itu berkata: “Ia sangat mengecewakan apabila tersingkir dan anda perlu bangkit.

“Anda tidak perlu rasa kecewa terhadap diri sendiri. Anda perlu mendapatkan keputusan dan syukur berjaya melakukannya hari ini.”

Pengurus United, Erik ten Hag menambah: “Masih ada ruang untuk peningkatan tetapi saya gembira dengan kemenangan ini.



“Pemain nampak laparkan kemenangan selepas rehat Piala Dunia.”

Brighton pula tersingkir hasil sepakan penalti tiga hari selepas bintang Argentina, Alexis Mac Allister menang Piala Dunia bersama Argentina dalam penentuan penalti.

Mac Allister tidak terbabit dalam aksi hari ini selepas diberikan rehat berikutan kejayaan Piala Dunia dan tidak terbabit dalam aksi tenggara London menentang pasukan League One, Charlton.

Keputusan seri tanpa jaringan menyaksikan perlawanan berlanjutan hingga penalti dan penjaga gol Addicks, Ashley Maynard-Brewer menyelamatkan panalti Moises Caicedo menyebabkan Sam Lavelle hanya perlu meledak gol penting ketika Charlton menempah tiket ke suku akhir dengan kemenangan 4-3.

Nottingham Forest, juara empat kali Piala Liga pula tiada masalah berdepan lawan dari liga lebih rendah apabila membenam Blackburn Rovers 4-1.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker