City jumpa Southampton, Charlton ke Old Trafford

LONDON: Manchester City akan meneruskan usaha mereka mencari gelaran ketujuh Piala Liga dalam 10 tahun dengan aksi suku akhir di tempat lawan berdepan pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton.

City menewaskan penyandang gelaran, Liverpool 3-2 di Stadium Etihad awal pagi tadi yang juga aksi kompetitif pertama buat dua gergasi bola sepak England itu sejak rehat Piala Dunia.

Tidak lama selepas itu, juara EPL itu diundi menentang Southampton dalam aksi dekat St Mary’s pada 9 Januari.



Sementara itu penyokong kelab divisyen tiga, Charlton boleh menanti kunjungan ke ‘Theatre of Dreams’ selepas mereka berjaya menewaskan Brighton menerusi penentuan penalti dalam kelompok lapan terakhir seterusnya menentang Manchester United di Old Trafford.

Charlton adalah pasukan terakhir bukan dalam kalangan kelab EPL masih beraksi dalam Piala Liga dan cabaran besar dihadapi kelab London itu ialah United kini 57 tangga di atas mereka dalam kedudukan liga.

Juara empat kali Piala Liga, Nottingham Forest akan menanti kunjungan to Wolves yang pernah merangkul trofi berkenaan sebanyak dua kali bagi aksi tetangga Midlands.

Aksi terakhir suku akhir menyaksikan Newcastle, yang kini berada antara teratas EPL, menanti kehadiran juara tiga kali Piala Liga, Leicester di St James’ Park.



Semua oerlawanan akan berlangsung pada 9 Januari.

Suku akhir Piala Liga

Manchester United mln Charlton

Southampton mln Manchester City



Nottingham Forest mln Wolves

Newcastle mln Leicester

– AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button