Dari manakah Zeti dapat sijil cuti sakit?

Sudah lebih sebulan, Zeti masih MC

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Dari manakah Zeti dapat sijil cuti sakit?

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz masih belum muncul di Mahkamah sebagai saksi utama kes 1MDB kerana dipercayai masih ‘sakit’.

Rakyat mula mempersoalkan dari manakah Zeti mendapat sijil ‘cuti sakit’ yang membolehkan beliau mengelak dari menghadiri prosiding Mahkamah sejak 23 November 2022 sehingga sekarang.

Pelik apabila hanya Zeti seorang ‘mampu’ mendapat ‘cuti sakit’ yang panjang hanya untuk tidak hadir ke Mahkamah sebagai saksi utama.

Adakah ini bermaksud beliau mempunyai ‘imuniti’ dari tindakan yang boleh dikaitkan sebagai menghina Mahkamah?

Sarawak Report kata Zeti dan suaminya rapat dengan Jho Low sejak dahulu malah beliau pernah menjadi pembantu Zeti di Universiti di Amerika Syarikat.” 

Sarawak Report juga tanpa segan silu mendedahkan bahawa keluarga Zeti sudah lama menerima dana daripada Jho Low namun portal ini cuba ‘melindungi’ Zeti dengan berkata ia tidak salah menurut undang-undang untuk keluarga Zeti menyimpan duit melebihi RM100 juta di akaun luar pesisir di negara asing walaupun turut mengakui ia meragukan.“ – EDITOR MALAYSIA 

Kiraan dari 23 November sehingga hari ini 23 Disember 2022, bermakna sudah 31 hari Zeti ‘bercuti sakit’ tanpa perlu gusar akan disiasat kesahihan ‘sijil cuti sakit’.

Adakah Zeti memperolehi ‘cuti sakit’ dari klinik atau hospital berbayar yang ternama atau beliau memang ‘dilindungi’ oleh tangan ghaib yang takut segala konspirasi sebenar terbongkar?

Dari manakah Zeti dapat sijil cuti sakit?

Dalam kes 1MDB, saksi memberitahu Mahkamah, Zeti tahu kemasukan wang ke akaun Najib Razak sebanyak AS$100 juta. 

Dokumen siasatan SPRM juga telah terdedah dan mampu membantu pasukan pembelaan Najib, setidak-tidaknya menimbulkan keraguan munasabah bagaimana individu yang bertanggungjawab untuk memastikan wang dana Najib tidak diperolehi daripada hasil yang mencurigakan, boleh pula menerima imbuhan bernilai ratusan juta ringgit daripada Jho Low sejak 2009, iaitu ketika 1MDB masih dikenali sebagai TIA atau Terengganu Investment Authority – bermakna penglibatan Zeti dan keluarganya sudah bermula lama sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan entiti bernama ‘1MDB’ belumpun wujud. – EDITOR MALAYSIA – 6/12/2021

Zeti pula dalam pada itu didakwa menerima wang dari Jho Low sejak 2009 dengan jumlah mencecah ratusan juta ringgit.

Nampak agak jelas mengapa Zeti sering sakit sehingga mendapat sijil ‘cuti sakit’ apabila beliau mendapat arahan untuk hadir ke Mahkamah sebagai saksi utama kes 1MDB.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker