DBKL gempur penjaja ‘Rambo’

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan operasi membanteras penjaja tanpa lesen atau dirujuk sebagai penjaja ‘Rambo’ di sekitar Jalan Raja Laut, di sini petang semalam.

Dalam kenyataan di Facebook, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan, sepanjang tempoh pemantauan yang bermula jam 3 petang itu, penguat kuasa DBKL bertindak menyita tiga barangan milik penjaja terbabit.

Katanya, tindakan itu diambil kerana penjaja terbabit dikesan tidak mempunyai lesen untuk berniaga dan juga menyebabkan gangguan dengan halangan serta menjejaskan kebersihan di laluan-laluan awam utama.



“Mereka juga menjejaskan aktiviti penjaja berlesen yang turut menjalankan perniagaan di sekitar lokasi berkenaan.

“Justeru, DBKL akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan tumpuan awam,” katanya.

Terdahulu pada Isnin lalu, DBKL mengambil tindakan sita terhadap seorang penjaja air di Dataran Merdeka kerana lokasi berkenaan ialah kawasan larangan menjaja kecuali kepada kenderaan saji atau ‘foodtruck’.



“Ini untuk memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih,” menurut PBT itu.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button