Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

Khabar angin mengenai perlantikan Peguam Negara yang baharu semakin kuat bertiup.

Kontrak perkhidmatan Peguam Negara, Idrus Harun, akan tamat pada bulan Mac 2023 dan maklumat memaklumkan kontrak beliau tidak akan disambung.

Oleh kerana itu satu perlantikan baharu akan dibuat untuk menggantikan kekosongan jawatan Peguam Negara.



Penulis difahamkan, 3 nama telah disebut untuk dipertimbangkan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi jawatan tersebut.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/21/3-hakim-jadi-pilihan-dilantik-peguam-negara-baharu-kata-sumber/

Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

Calon pertama dikatakan dicadangkan oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun ialah Hakim Zabidin Mohd Diah.



Zabidin adalah salah seorang panel hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan DS Najib dalam kes SRC.

Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

Manakala Hakim Abdul Karim Abdul Jalil pula adalah salah seorang dari 3 panel hakim yang mendengar rayuan DS Najib dalam kes SRC.

Beliau diingati sebagai seorang hakim yang melabelkan DS Najib sebagai ‘National Embarrassment’.

Baca di sini:

https://www.channelnewsasia.com/asia/malaysia-court-1mdb-najib-disappointed-national-embarrassment-created-wealth-src-international-2366216

Abdul Karim juga dikatakan adalah saudara mantan perdana menteri ke 8, Muhyiddin Yasin.

Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

Calon ketiga ialah Hakim Yaacob Md Sam, yang kini bertugas sebagai salah seorang dari hakim di Mahkamah Rayuan.

Untuk rekod, beliau adalah hakim yang menolak rayuan DS Najib untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwaraya dalam kes 1MDB.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-najib-ketepikan-sri-ram-318634

Perdana Menteri Mesti Bijak Memilih Calon Yang Tiada Kontroversi

Persoalannya, apakah dalam Malaysia ini hanya ada 3 orang calon sahaja yang layak dipertimbangkan sebagai Peguam Negara?

Bersesuaian dengan iltizam untuk mereformasikan kesemua institusi dan memartabatkan prinsip pengasingan kuasa, Anwar disarankan supaya memilih calon yang tidak ada pengaruh politik.

Elakkan memilih calon yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi dan penuh kontroversi.

Begitu juga dengan calon yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan mana-mana pemimpin politik.

Masih ramai lagi calon-calon yang berkelayakan untuk dipertimbangkan sebagai Peguam Negara.

Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan sesiapa yang difikirkan layak menjadi Peguam Negara kepada YDP Agong.

Tidak perlulah Ketua Hakim Negara turut masuk campur dalam urusan tersebut kerana beliau sendiri penuh dengan kontroversi.

 

Hakim Mahkamah Persekutuan Kes SRC Dan Saudara Muhyiddin Antara Calon Peguam Negara?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker