Musuh UMNO pasti kecewa jika jawatan “Top 2” tidak dipertandingkan.
Oleh Adam MaLik
UMNO kini berada didalam ‘danger zone’ kerana diancam oleh musuh dari luar dan dalam UMNO.
Keadaan bertambah parah lagi apabila musuh diluar UMNO ada lah juga musuh yang bersekongkol dengan ahli dalam UMNO.
Maka, bahaya serampang dua mata sedang dihadapi oleh UMNO ada lah satu realiti.
Musuh telah gagal pada cubaan cubaan awal untuk menghancurkan UMNO apabila gagal bertindak membubarkan juga mengharamkan UMNO perguna RoS.
Musuh UMNO juga gagal pecah belahkan UMNO dengan perguna pihak @ “faction” kalah pada pemilihan jawatan tinggi parti dan mencari alasan untuk “breakaway” dan konon nya merajuk atau kecewa lalu membawa penyokong mereka masuk parti Bersatu.
Ini kerana UMNO telah menangguhkan pemilihan parti.
Ia satu tindakan bijak oleh Majlis Kerja Tertinggi kerana menghidu ada kerja kerja pihak luar mahu membantu calon proksi yang mereka sudah ‘kawal’.
Pada pelan A itu, mereka berharap calon proksi mereka akan menang lalu mengubah hala tuju UMNO termasuk bergabung dengan parti Bersatu dan membubar UMNO kerana konon nya nama “UMNO” sudah tidak releven.
Pada pelan B pula , jika mereka kalah pada pemilihan , mereka akan cipta pergeseran dan persengketaan dengan pihak menang lalu ada alasan untuk keluar parti membawa penyokong mereka kepada parti Bersatu.
Namun, kedua dua Hasrat ini tidak terlaksana kerana kebijaksanaan UMNO menangguhkan nya.
Kini, apabila pihak atasan UMNO membuat kerja ‘recce’ konon nya UMNO tidak akan pertandingkan dua jawatan tertinggi, maka umpan nya dimakan oleh pihak yang diduga.
Mereka sangat gusar kerana Hasrat mereka akan gagal jika UMNO tidak pertandingkan dua jawatan “Top 2”.
Peluang rampas kuasa untuk membawa UMNO kepada parti Bersatu dan Perikatan Nasional akan gagal.
Pihak pihak ini yang dikenal pasti bertuankan Presiden Bersatu yang juga bertuankan Tun Mahathir akan kecewa jika dua jawatan tinggi tidak dipertandingkan.
Kedamaian UMNO atau kesejahteraan UMNO bukan keutamaan mereka.
Mereka adalah alat pihak luar.
Pada PRU15 mereka mereka ini sekadar menjaga diri dan menjaga “warlord’ tertetu sahaja dan bukan menjaga keseluruhan UMNO.
Musuh musuh UMNO dilawan oleh fraksi lain dalam UMNO dan bukan mereka mereka ini.
Ini kerana mereka hanya jaga mereka sahaja.
Mereka hanya berharap ‘warlord’ mereka dari Kluster Broker sahaja yang menang supaya kekalahan boleh dijadikan alat mendesak Presiden meletak jawatan.
Itu sahaja niat mereka. UMNO tidak penting kerana UMNO mahu diserap masuk parti Bersatu kemudian nanti.
Mereka sabotaj secara halus.
Pada pemilihan parti akan datang . mereka sudah sedia dengan dana dana yang dipercayai diperolehi ketika menjadi kerajaan dua kali , satu ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan kemudian disambung oleh Ismail Sabri.
Melambatkan PRU15 juga ada lah rancangan mereka untuk bantu pihak tertentu mengumpul kekuatan dan membina semula imej kekalahan pada 2 PRN dan 7 PRK.
Sambil itu , walau pun mereka ahli UMNO tetapi kempen PRU15 mereka adalah menjatuhkan Presiden UMNO.
Mereka berceramah tetapi bukan menyerang musuh tetapi sebalik nya menyerang Presiden sendiri.
Apabila kalah mereka kata ‘ini kerana imej Presiden yang tidak baik”.
Sedang kan Barisan Nasional sudah berjanji Ismail Sabri yang akan jadi Perdana Menteri dan Poster Boy.
Mereka enggan menyatakan Poster Boy tidak membawa kemenangan.
Mereka enggan mengaku jawatan tertinggi negara dan jawatan Menteri yang dipegang oleh mereka tiada membawa faedah dan manfaat kepada parti sendiri.
Apa yang menjijik kan ada lah jika menang Poster Boy akan menjadi Perdana Menteri , jika kalah Presiden perlu berundur.
Pendek kata , jika menang mereka kenyang , jika kalah , Presiden yang akan di korbankan.
Begitu lah jijik nya sifat dan perangai mereka mereka yang menjadi musuh UMNO dari dalam yang membantu pihak lawan.
Prestasi UMNO semakin merosot, dan semenjak ujud Kluster Broker , prestasi UMNO bertambah parah.
Kini nyata sekali walaupun sama ada jawatan “Top 2” akan dipertandingkan atau tidak belum diputuskan, namun yang kalut dan nampak kecewa ada lah puak puak musuh UMNO dan juga Kitol dalam parti UMNO sendiri.