Russia mahu tingkat jumlah tentera sehingga 1.5 juta orang



Russia mahu tingkat jumlah tentera sehingga 1.5 juta orang

Russia mahu tingkat jumlah tentera sehingga 1.5 juta orang
PRESIDEN Russia, Vladimir Putin (kiri) menghadiri mesyuarat Lembaga Kementerian Pertahanan di Moscow baru-baru ini.-AGENSI

MOSCOW: Russia mengumumkan rancangan untuk menambah anggota tentera sehingga 1.5 juta orang dan mewujudkan pelbagai unit baharu bagi memperkukuh pasukan ketenteraannya yang kehilangan momentum dalam perang di Ukraine.

Menurut Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, negara itu memerlukan kira-kira 1.5 juta anggota tentera untuk menjamin pelaksanaan tugas dan keselamatan negara ini.

Katanya, penambahan anggota tentera itu bakal merangkumi seramai 695,000 askar kontrak sukarela yang mana 521,000 anggota akan direkrut menjelang akhir tahun 2023.

Shoigu berkata, lingkungan umur akan ditukar kepada 21 hingga 30, dan pasukan rekrut baharu akan ditawarkan pilihan untuk berkhidmat selama setahun atau menandatangani kontrak dengan tentera sebagai sukarelawan.



Russia ketika ini mempunyai kira-kira sejuta anggota tentera berbanding bilangan pasukan tentera China dan Amerika Syarikat (AS) yang masing-masing terdiri daripada dua juta dan 1.4 juta anggota.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


India pula mempunyai lebih 1.4 juta anggota tentera.

Shoigu mengisytiharkan bahawa pasukan tentera darat, udara dan marin sedia ada akan dibentuk semula menjadi unit lebih besar berbanding yang pernah dimiliki Russia sebelum ini mahu pun yang dimilki AS serta beberapa sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ketika ini.

Ukraine beri amaran Russia bakal lancar serangan baharu menjelang tahun baharu

Russia mahu tingkat jumlah tentera sehingga 1.5 juta orang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker