Sesko pengganti Ronaldo?

MANCHESTER: Skuad pemantau Manchester United dilaporkan terpukau dengan kehebatan penyerang RB Salzburg, Benjamin Sesko.

The Red Devils kini mempertimbangkan untuk mengikat penyerang berketinggian 1.95 meter itu selepas Cristiano Ronaldo dikatakan mahu meninggalkan pasukan itu pada musim panas lalu.

Namun, Ronaldo kekal di Od Trafford manakala Sesko menyatakan komitmen bersama RB Leipzig pada penghujung musim ini.



Menurut 90min, United masih berminat dengan penyerang berusia 19 tahun itu walaupun sedar RB Leipzig akan meletakkan harga yang tinggi untuk mengaut keuntungan.

Bukan sahaja United malah beberapa pasukan seperti Chelsea dan Bayern Munich dikatakan turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Chelsea mahu menyelesaikan masalah jentera serangan bagi jangka masa panjang sementara Bayern Munich mahu mendapatkan pengganti Robert Lewandowski yang menyertai Barcelona.

Sesko sudah meledak lima gol dalam 15 penampilan bersama RB Salzburg – 11 gol dalam 37 penampilan sepanjang musim lalu serta empat gol dalam 15 penampilan bersama Slovenia.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button