UMNO tidak perlu ulang silap lama

Oleh – Bakhtiar Omar


UMNO, sebuah pertubuhan parti politik yang telah berjaya menampilkan pelbagai kejayaan untuk Malaysia menerusi pengaruh politik yang diraih bersama dalam Barisan Nasional.

Keutuhan selama 6 dekad mengurustadbir negara tercalar pada 2018 apabila BN mengalami kekalahan teruk sehingga kerajaan bertukar dan giliran BN untuk duduk di kerusi pembangkang buat pertama kali.

Bagaimanapun, kekuatan Umno masih utuh walau digasak ke dinding dan pernah didesak untuk dibubarkan. Namun, dek kerana kedegilan Presiden Umno waktu itu, Zahid Hamidi yang tidak mahu berlaku khianat kepada parti mengambil risiko menongkah arus.

TUDUH DULU BARU DAKWA ADALAH PERTUDUHAN BERPILIH YANG DIKENAKAN 

PN wajar dedah perjanjian sepenuhnya

 

Natijahnya, beliau dikenakan pelbagai tekanan politik termasuk tindakan ‘tuduh dulu, dakwa kemudian’ yang menyaksikan beliau turun naik Mahkamah sepanjang 2018 sehingga Oktober 2022.

Menjadi nakhoda sebuah parti minoriti dalam kerajaan, kekuatan Umno masih dirasakan sebagai ancaman terbesar pihak lawan. Oleh demikian, pelbagai cara serta tekanan dikenakan terhadap Umno untuk memastikan parti semakin lemah.

Kesialapan Umno yang paling besar berlaku pada Ogos 2021 apabila bersetuju menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Ke-9 selepas Muhyiddin meletakkan jawatan.

Sebagai Naib Presiden Umno, Ismail tidak mempunyai pengaruh kuat dalam herarki Umno memandangkan beliau diberikan kepercayaan untuk menerajui negara dan bukan parti.

PIHAK LAWAN UMPAMA SERIGALA LAPAR MAHU ‘BAHAM’ UMNO 

 

 

Dikelilingi musuh yang sangat ‘lapar’ untuk membaham Umno, tidak banyak yang mampu Ismail lakukan untuk parti kerana beliau diikat dengan akujanji yang dikenali sebagai ‘Perjanjian 789’ bersama Muhyiddin Yassin sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan.

Biarpun cuba melakukan tindakan bagi menjamin kedudukan dengan memeterai perjanjian CSA bersama pembangkang, ia tidak cukup untuk menghalang kemaruk musuh yang masih ingin ‘membunuh’ Umno.

SUA Menteri Wilayah Pedajal Ismail Sabri

Bagi melaksanakan tujuan mereka, Umno perlu di’bunuh’ dari dalam Umno itu sendiri. Maka propaganda serta pujian-pujian dihalakan kepada Ismail agar terus ‘terlena’ dengan alunan yang indah pihak lawan.

Ini memberi keyakinan kepada ‘Kem Ismail’ bahawa mereka akan ‘selamat’ selagi bersama pihak lain di bawah penguasaan Ismail selaku Perdana Menteri.

‘BROKER POLITIK’ CARI MAKAN GUNA NAMA ‘KEM ISMAIL’

‘Kem Ismail’ turut terpesona dengan nyanyian ‘Keluarga Malaysia’ yang dijadikan satu lagi bentuk propaganda untuk menyedapkan hati walau tahu rakyat tidak bersama berikutan pelbagai isu yang melanda kabinet ketika itu.

Dengan kelemahan ‘Kem Ismail’ yang gagal menawan hati rakyat dan hanya tertumpu kepada penyokong sendiri sahaja, Umno dilekakan akan kembali menjadi kerajaan apabila semua jawatan dalam Umno ditukarkan dengan susunan ‘papan cai’ oleh ‘Kem Ismail’.

Ismail Sabri digambarkan sebagai ‘Saviour’ Umno untuk kembali ke Putrajaya dan membentuk sebuah kerajaan dengan 2/3 sokongan rakyat.

Hakikatnya, rakyat hanya meneruskan kehidupan secara biasa dan terus berada dalam tekanan kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ekoran ketidakstabilan politik Malaysia.

Umno menyedari hakikat ini tetapi segalanya sudah terlambat dan semua pihak dalam Umno perlu memikul tanggungjawab atas kekalahan kali kedua Umno selepas PRU14.

Hanya sekadar 30 kerusi yang dimenangi BN, Umno hanya tinggal 27 kerusi dan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Namun demikian, siapa sangka pihak kalah kini menjadi sebahagian daripada kerajaan dan diberikan kedudukan yang agak baik dalam kabinet.

TANGGUNGJAWAB DIBERIKAN KEPADA PRESIDEN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KESTABILAN NEGARA

Rakyat suka KJ jadi Presiden Umno

 

Kali ini, susunan kabinet mengikut herarki parti dimana Presiden Umno diberikan tanggungajwab yang besar sebagai orang nombor 2 dalam kabinet.

Rakyat mula membuka mata apabila Presiden diberikan kuasa sesuai dengan kedudukan dalam parti. Ini memberi gambaran kuasa seorang Presiden parti perlu dihormati dan diperakui.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak dalam Umno terutama mereka yang dikenali sebagai ‘Broker’ dan mereka yang mencari makan dalam ‘Kem Ismail’ tidak setuju Presiden Umno dikekalkan lama dalam kabinet.

Usaha menyingkirkan Presiden Umno dari jawatan parti telah digerakkan dan sekiranya ia berjaya, maka Zahid perlu akur dan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apa penilaian rakyat sekiranya seorang TPM bukan Presiden kepada parti yang diwakili dalam jemaah kabinet Kerajaan Perpaduan?

@mukhrizm Bukti Muhyiddin tidak bersih seperti yg digembar gemburkan Part 3 #pru15 #undidenganbijak #undipejuang #tolakpemimpinrasuah #fypmalaysia ♬ original sound – Mukhriz Mahathir

 

UMNO TIDAK BOLEH ULANG SILAP SAMA KALI KEDUA

Oleh itu, Umno tidak boleh ulang kesilapan sama buat kali kedua. Presiden parti perlu dikekalkan jawatan dalam parti bagi membawa imej parti dalam kabinet.

Sekiranya ‘Broker’ mahu menghancurkan Umno dari dalam, maka mereka juga perlu bersedia dengan serangan dari pihak lawan selepas berjaya menumbangkan Presiden dalam pemilihan kelak.

Cukuplah sekali Umno tersilap langkah memberi keistimewaan kepada Naib Presiden untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Ia sebenarnya MEMALUKAN!

*penafian – artikel ini tidak menggambarkan pendirian pihak MyTvOnline, Artikel merupakan sumbangan penulis yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker