Ustaz Abdul Somad Akui ‘Digilai’ Ramai Wanita

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mendedahkan bahawa ramai wanita ingin menjadi isteri kedua meskipun mengetahui dia sudah beristeri.

Ramai nak jadi isteri kedua

Difahamkan, pendakwah berusia 45 tahun itu telah menamatkan zaman dudanya pada tahun lalu dengan seorang gadis muda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Mellya Juniarti pada 2019.

Ustaz Abdul Somad mendirikan rumah tangga bersama Fatimah Az Zahra yang pada ketika itu berusia 19 tahun dengan mas kahwin berupa 244 gram emas.

Ketika mengadakan ceramah di sebuah pondok di wilayah Jawa Barat, pendakwah itu mengatakan bahawa ramai wanita yang ingin menjadi isterinya malah mereka sanggup bermadu.



Saya walaupun dah tua begini, masih banyak yang menulis komen-komen seperti ‘ustaz jadikan saya yang kedua.’ Padahal saya dah berkahwin dan dah tua.

Mengakui ‘dihimpit’ ramai wanita, rupa-rupanya UAS takut dengan isterinya kerana meminta orang ramai untuk tidak memuat naik video ceramahnya itu.

Kalau upload nanti potong-potong ya takut isteri saya tengok.

 

Sumber : Hops.Id

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker