AS, Kanada dilanda musim sejuk luar biasa, bakal cetus bencana besar

AS, Kanada dilanda musim sejuk luar biasa, bakal cetus bencana besar

AS, Kanada dilanda musim sejuk luar biasa, bakal cetus bencana besar
SEORANG lelaki membersihkan laluan pejalan kaki di depan rumahnya yang ditimbus salji tebal di Utah, Amerika Syarikat. – AFP

WASHINGTON: Pakar memberi amaran suhu sejuk yang semakin menjunam di bawah paras beku bakal mencetus bencana besar di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada kerana boleh menyebabkan radang dingin (frostbite) pada kulit yang terdedah dalam masa lima hingga 10 minit sahaja.

Ribut musim sejuk Artik yang kuat menjejaskan lebih 135 juta penduduk berikutan amaran cuaca buruk menjelang hujung minggu paling sibuk tahun ini melibatkan kawasan pantai ke selatan merentasi sempadan AS dan Mexico serta Florida.

Musim sejuk ini mencetus Krismas paling ‘beku’ dalam tempoh beberapa dekad dengan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) meramal suhu beku -45 darjah Celsius bakal melanda beberapa kawasan minggu ini.



Mereka yang tinggal di kawasan bandar utama seperti Des Moines dan Iowa diingatkan untuk memakai pakaian tebal bagi mengelakkan radang dingin yang boleh menjadi ancaman besar kepada penduduk.

Radang dingin berlaku apabila aliran darah berkurangan, selalunya di bahagian hujung anggota badan seperti hidung dan pipi atau jari tangan dan kaki ketika kulit terdedah kepada cuaca yang terlalu sejuk.

Kekurangan darah suam boleh menyebabkan tisu membeku dan pecah sehingga membawa kepada amputasi.

“Ini bukan seperti hari salji semasa anda masih kecil, ini perkara yang serius,” kata Presiden, Joe Biden dalam taklimat di White House kelmarin.



Jisim udara Artik dijangka membawa tiupan angin kencang dan boleh bertukar menjadi bom siklon dengan suhu -9.4 darjah Celsius ke El Paso, Texas, di mana ramai pendatang tanpa izin yang baru tiba tidur di tepi jalan dan kawasan kaki lima.

ISYTIHAR DARURAT

Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan darurat ekoran kebimbangan ancaman banjir serta kesesakan akibat pengumpulan bongkah ais tebal yang boleh menghalang aliran sungai dan mendatangkan pelbagai bahaya kepada komuniti.

Gabenor Kentucky, Carolina Utara, Virginia Barat, Georgia dan Oklahoma turut mengisytiharkan darurat manakala Wisconsin mengisytiharkan kecemasan tenaga.

Florida dijangka menyaksikan Krismas paling sejuk dalam tempoh 30 tahun dan NWS menyifatkannya sebagai keadaan cuaca musim sejuk unik namun berbahaya yang berlaku hanya sekali dalam satu generasi.

Salji dan angin kencang dijangka menyebabkan kerosakan dan gangguan bekalan elektrik di Midwest dan Kanada.

Dalam pada itu, menurut laman web penjejakan penerbangan FlightAware, lebih 4,400 penerbangan dilaporkan terpaksa dibatalkan sejak dua hari lalu.

Lebih 2,350 penerbangan dibatalkan kelmarin dan 2,120 lagi semalam, manakala kereta api penumpang Amtrak turut membatalkan puluhan perkhidmatan sepanjang Krismas, mengganggu perjalanan percutian untuk puluhan ribu pengguna.

8,450 lagi penerbangan ditangguhkan termasuk lebih satu per tiga penerbangan yang dikendalikan oleh American Airlines, United Airlines dan Southwest Airlines.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, ribut salji di bahagian Midwest menyebabkan gangguan perjalanan besar di Chicago, Detroit dan Minneapolis-St Paul.

Menurut Amtrak, beberapa perjalanan kereta api yang dijadualkan di Midwest sepanjang Krismas dibatalkan kerana keadaan cuaca, termasuk perkhidmatan di Michigan, Illinois, Missouri, New York dan Chicago.

Syarikat penerbangan AS memaklumkan akan mengenepikan yuran pertukaran dan perbezaan tambang untuk penumpang di pelbagai kawasan yang terjejas. – AGENSI

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

AS, Kanada dilanda musim sejuk luar biasa, bakal cetus bencana besar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker