Berang anak hilang, wanita ‘naik hantu’ di lapangan terbang

Berang anak hilang, wanita ‘naik hantu’ di lapangan terbang

Berang anak hilang, wanita ‘naik hantu’ di lapangan terbang
AKSI Mcmillie membuat kekecohan di kaunter pendaftaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami-Dade yang dimuat naik di media sosial.-AGENSI

MIAMI: Seorang wanita Alabama ditahan dan dipenjarakan selepas melempar sebuah monitor komputer ke arah seorang kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami-Dade baru-baru ini.

Lapor Dailymail, Camilia McMillie, 25, tular selepas video yang merakam aksi ‘amukannya’ disiarkan di laman TikTok, Twitter dan Reddit.

McMillie dilaporkan mahu menaiki penerbangan American Airlines dari Miami ke New York City dan cuba mendaftar di pintu masuk setelah terlepas penerbangan sebelumnya.

Polis di Miami mendakwa dia tiba-tiba berang dan mula menjerit apabila dua anaknya merayau tanpa pengetahuannya.

Dua kanak-kanak itu dikatakan hanya pergi ke tandas, tetapi menurut seorang saksi, perkara itu menyebabkan McMillie menjadi terlalu panik dan memaksa seorang pegawai di pintu masuk membantu mencari anak-anaknya.

McMillie mula menghempas dan merosakkan barang-barang serta peralatan di kaunter pintu masuk berkenaan sambil menjerit mencari anaknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Wanita itu kemudian menarik monitor sebuah komputer dan melemparnya ke arah pegawai pintu masuk sehingga mengenai bahunya sambil disaksikan orang ramai di sekeliling yang turut merakam kejadian tersebut.

Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) segera menahan McMillie sehingga polis tiba di tempat kejadian.

Menurut afidavit polis, kekecohan yang dicetuskan menyebabkan kerosakan bernilai hampir AS$10,000 (RM44,282) dan kecederaan pada bahu kanan pegawai pintu masuk tersebut.

McMillie yang tinggal di Birmingham, Alabama, dilaporkan didakwa atas tuduhan merosakkan harta benda, menyebabkan kecederaan dan berkelakuan tidak senonoh dan ditahan dengan bon berjumlah AS$13,000 (RM57,574).

Polis berkata, Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Florida kini menyediakan bantuan kepada anak-anak wanita itu.

Elvina Mohamad Berang Dengan Wanita ‘Unicorn’

Berang anak hilang, wanita ‘naik hantu’ di lapangan terbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker