Operasi diperluas ke Sungai Selangor

Operasi diperluas ke Sungai Selangor

Operasi diperluas ke Sungai Selangor
Kawasan mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini diperluas kilometer. – Foto hiasan BH/GHAZALI KORI

HULU SELANGOR: Kawasan mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini diperluas sehingga 10 kilometer dari tempat kejadian.
READ MORE

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata SAR yang memasuki hari kedua itu disambung jam 7 pagi tadi.

“Operasi dilakukan secara ‘water surface searching’ menyusur ke hilir sungai sehingga ke jambatan Batang Kali dengan jarak tiga kilometer.

“Pada jam 2 petang tadi, pencarian diperluas dan anggota penyelamat dipecahkan kepada dua pasukan bersama lima bot berserta pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menyusuri Sungai Selangor.

“Pemantauan juga dibuat di perangkap sampah bawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan Bestari Jaya,” katanya hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, seramai 15 petugas termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terbabit dalam operasi hari ini.

“Operasi ditangguhkan jam 11 malam ini dan akan disambung semula jam 7 pagi esok,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh di sungai berkenaan.

Operasi diperluas ke Sungai Selangor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker