Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

Perjalanan kes veteran UMNO, TS Shahrir Samad, yang didakwa di bawah AMLA di Mahkamah Tinggi Putrajaya menjadi semakin menarik.

Shahrir didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.



Shahrir juga berhadapan dengan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima dari DS Najib.

Ianya diterima melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, kepada LHDN.

Dalam tuduhan di bawah AMLA, Shahrir didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram.

Tuduhan dilakukan ke atas dana RM1 juta yang diterima dari dana 1MDB melalui DS Najib.



Namun, apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimana Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, boleh mengarahkan pendakwaan walau pun siasatan belum lengkap.

Ini diakui sendiri oleh saksi pendakwaan ke 22, Nurzahidah Yacop dalam keterangan beliau di dalam mahkamah.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam bela, Syed Faisal:

Syed Faisal : “Puan selaku pegawai penyiasat SPRM, mengambil tugas ini untuk melaksanakannya dengan penuh kejujuran”.



“Di lubuk hati puan, puan tahu siasatan puan belum lengkap sepenuhnya”.

“Namun puan telah menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk menuduh (Shahrir)”.

“Dan mendapat izin daripada Tommy Thomas untuk buat pendakwaan”.

Nurzahidah : “Ya”.



Syed Faisal : Saya cadangkan tuduhan yang dilemparkan terhadap anak guam saya adalah berasaskan kepada satu kertas siasatan yang belum lengkap sepenuhnya?

Nurzahidah : “Ya”.

Siasatan Keseluruhan Di Sekat Atas Arahan Pegawai Atasan

Nurzahidah juga bersetuju bahawa tertuduh sebenarnya telah berbelanja melebihi RM2.6 juta melalui transaksi dalam buku akaun banknya.

Dan perbelanjaan itu dibuat sebelum menerima wang berjumlah RM1 juta daripada DS Najib Razak.



Nurzahidah juga mengakui beliau tidak pernah menyiasat wang RM1 juta yang diterima Shahrir daripada DS Najib adalah menggantikan wang pencennya tertuduh.

Walaupun tertuduh menegaskan perkara tersebut sebanyak lapan kali semasa siasatan dijalankan pada 2019.

Namun selepas memaklumkan kepada pegawai atasan, tiada arahan untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Syed Faisal : “Bagi pandangan puan, sebagai pegawai penyiasat SPRM, wang ganti balik ini (RM1 juta) tidak disiasat”.



“Adakah ia adil bagi anak guam saya, walaupun beliau tertuduh berkali-kali mengatakan ia adalah wang ganti balik?”.

Nurzahidah: Tidak adil bagi tertuduh.

“Tetapi saya tidak pernah menerima dokumen ini (pengeluaran wang RM2.6 juta).

“Siasatan saya selepas tarikh penerimaan wang RM1 juta”.

Syed Faisal : “Adakah puan berasa musykil terhadap tindakan pegawai atasan yang tidak mengarahkan untuk menyiasat mengenai wang ganti balik?”.

Nurzahidah : “Ada”.

Syed Faisal : “Puan kata ia adalah satu sudut siasatan yang penting, puan mahu siasat sendiri, tetapi takut untuk langgar arahan”.

Nurzahidah: “Ya”

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/918491/tommy-arah-sprm-dakwa-shahrir-walaupun-kertas-siasatan-tak-lengkap

Mengapa Shahrir menyatakan sebanyak 8 kali bahawa wang RM1 juta yang diterima dari DS Najib adalah wang ganti balik?

Mengikut Kenyataan Saksi Pendakwaan ke-21 dari LHDN dan Dr Veerinderjit Singh, pakar percukaian dalam buku Veerinder on Taxation:

“Reimbursement is not deemed as income, hence it is non-taxable”.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/azwan.prsuniten/posts/pfbid029yg5GeqjoW33DPH4W4nF3PZbFNFVUMMibwLi35Dyz5H9TjrQ99UZdtp7AR72ccq1l

Siapa Dalang Sebenar Yang Merancang Pertuduhan Politik Ini?

Persoalannya, mengapa saksi membuat pendakwaan, sedangkan beliau mengakui bahawa siasatan yang lengkap belum dilakukan?

Kerana saksi mendapat arahan dari Pengarah AMLA SPRM, Muhammad Zamri.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0vUdxZXPfPiqxPY8nf678xLcLGCR56VdRMFtVVYXK9SrupDS6jZ8Xpjvp97aLxSdTl&id=100045805928680

Dan sudah pasti Zamri tidak akan berani bertindak bersendirian tanpa mendapat arahan dari autoriti yang lebih atas.

Siapa?

Sudah tentu Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya.

Tindakan Latheefa Koya pula berdasarkan arahan siapa?

SPRM tidak boleh membuat pendakwaan tanpa arahan dari Jabatan Peguam Negara.

Aarahan itu sudah pasti datang dari Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas.

Tommy Thomas pula tidak akan berani mengambil tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan sekiranya tiada arahan dari kuasa yang lebih besar.

Siapa yang mengarahkan Tommy Thomas?

Itulah yang mesti dibongkar oleh Kerajaan Perpaduan hari ini.

Jangan biarkan perlembagaan dan institusi penting negara dikuasai oleh pihak yang berkepentingan.

Segala-galanya sudah didedahkan di dalam mahkamah.

Siasatan polis ke atas Tommy Thomas juga mendapati ada proma facie untuk melakukan pendakwaan ke atas Tommy Thomas.

Kebenaran mesti segera dibongkar dan kebatilan mesti segera dibenamkan di bumi Malaysia.

Rakyat sudah mula menaruh pengharapan ke atas Kerajaan Perpaduan dan jangan biarkan pengharapan rakyat pudar.

Kerana ketika itu, rakyat akan melihat Kerajaan Perpaduan hanya ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi!!!

 

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button